Friday, May 28, 2010

Berjaya dan bahagia yang dicari

“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

(An Nahl: 97)

Azab untuk semua

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Daripada Adiyyi bin Hatim, ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab orang ramai (orang awam) dengan perbuatan orang-orang yang sedikit sehingga orang ramai tadi melihat kemungkaran di hadapan mata mereka dan mereka berkuasa untuk mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya. Sekiranya mereka berbuat demikian, maka Allah akan menurunkan azab-Nya kepada orang-orang yang sedikit tadi dan orang ramai (orang awam)." Hadis Riwayat Al-Imam Ahmad.

Istimewanya wanita...

Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM,

lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


makanya mereka nggak capek-capeknya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM". Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Sumber : http://m.cybermq.com

Friday, May 21, 2010

Manisnya taubat

Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..

Jawab mereka,

"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..

alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"

"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"

"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat.

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS.

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.

Aduhai manusia, aduhai bangsaku..

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,

"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"

Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,

"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".

Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.

Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.

Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.

Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya.

Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Sumber: I Luv Islam

Friday, May 14, 2010

Berita gembira!

BERITA GEMBIRA TENTANG KEMENANGAN ISLAM

Berita gembira yang pertama yang terdapat di dalam Al-Quran ialah janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin dengan kemenangan Islam. Cahaya kebenarannya akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan akan mengatasi semua agama-agama lain.

Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 32 dan 33 yang bermaksud: "Mereka (orang-orang musyrikin dan ahli kitab) mahu memadamkan cahaya Allah (agama Islam) tetapi Allah SWT akan menyempurnakannya sekalipun orang-orang kafir membenci (Islam). Dialah (Tuhan) yang mengutuskan RasulNya membawa hidayah dan agama yang benar untuk mengatasi agama-agama yang lain kesemuanya, sekalipun orang-orang musyrikin membencinya."

Berita gembira kedua ialah umat Muhammad ini akan memegang tampuk Khalifah di muka bumi. Dunia akan aman sejahtera di bawah pemerintahan Islam. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur, ayat 55 yang bermaksud: "Janji Allah kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa akan dijadikan mereka Khalifah di muka bumi ini sebagaimana memerintah umat-umat terdahulu dari mereka."

Berita gembira ketiga ialah berita kejayaan Rasul-Rasul terdahulu beserta pengikut-pengikutnya. Sebaliknya azab dan bala bagi kaum yang engkar dari mengikut petunjuk Rasul-Rasul tersebut. Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 15 yang bermaksud: "Kami beri kemenangan kepadanya (Nabi Nuh A.S) dan pengikut-pengikutnya dalam kapalnya (dari banjir besar) dan kami jadikan ia pengajaran untuk sekalian alam."

Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Baqarah, ayat 50 yang bermaksud: "Dan tatkala kami belahkan laut menjadi dua, dan kami beri kejayaan kepada kamu (pengikut-pengikut nabi Musa A.S) dan kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya."

Di antara berita gembira yang terdapat di dalam Al-Quran juga ialah janji Allah SWT bahawa akan ada satu golongan yang amat-amat mencintai Islam dan orang-orang Islam. Manakala orang-orang Musyrikin dan orang-orang yang murtad tidak akan memudaratkan agama Allah ini. Akan lahir satu generasi di mana orang-orang Islam mempunyai kekuatan yang padu.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 54 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa yang murtad di kalangan kamu yang keluar dari agamanya (Islam), maka Allah akan datangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, merendah diri kepada orang-orang yang beriman (yang lain), serta bersungguh-sungguh (menentang) orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut celaan orang-orang yang mencela".

Sesungguhnya janji-janji Allah itu benar. Berita-berita gembira yang dijanjikan Allah itu telah dan pasti terjadi. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya"

Sumber: www.mail-archive.com/hidayahnet@yahoogroups.com/msg19720.html

Seseorang pernah berkata kepada saya... Akhlak orang sekarang adalah hasil didikan dan pelaksanaan program serta dasar-dasar ciptaan manusia dalam era sekularisme dahulu. InsyaAllah jika generasi sekarang mengambil peranan mendokong bentuk didikan, program dan dasar berteraskan agama sebagai keutamaan... hasilnya akan dapat dilihat di kemudian hari kelak...

Analoginya... segala apa makanan tidak sihat yang kita makan pada masa ini... tak tunjuk kesan pada masa itu. Kesannya akan terlihat di kemudian hari... segala macam penyakit datang... Begitulah juga sebaliknya... jika hanya makanan sihat sahaja yg kita ambil, baiklah juga kesannya di kemudian hari... Wallahua'lam...

Setiap kali menonton berita tempatan dan dunia di TV, ada rasa hampir putus asa dibuatnya tapi ayat-ayat di atas sesungguhnya menjadi penguat semangat dalam diri... SAYA DAN KITALAH AGEN PERUBAHAN ITU!

Monday, May 10, 2010

Siapakah saya?

Benarkah kita sudah mengenali diri kita sendiri?

Isi ceramah hakikat kejadian manusia dari kursus Tadbir Urus Yang Baik.

Hakikat dan matlamat kehidupan
1) Dari mana?
2) Untuk apa?
3) Nak ke mana?

Perjanjian kita manusia ini dengan Allah SWT semasa masih di alam roh lagi!

*****************************
Perjanjian itu yang dibuat di Alam Ruh, ia adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditukar-tukar lagi. Semasa di Alam Ruh, ruh telah berjanji dengan Allah, atau perjanjian antara Nur Allah dan Nur Muhammad, atau perjanjian antara Dzat dengan Sifat. Dalam perjanjian itu Nur Muhammad telah memperakui Dzat sebagai Tuhan dan Nur Muhammad sendiri sebagai hamba.

Perjanjian itu QS Al A’raf 7:172 : Bukankah Aku ini tuhanmu? Ya, kami menjadi saksi.

Apabila Nur Muhammad memperakui Dzat adalah Tuhannya, maka secara semula jadi ruh perlu mengingati (berzikir) kepada Allah.

Itulah sebabnya ruh diberi jasad supaya dapat menzahirkan diri Rahsia Dzat, diri yang sebenar-benar diri, iaitu diri batin kepada manusia.

Dipetik dari: hajirikhusyuk.wordpress.com/2009/10/10/manusia-dan-allah/
**************************************

Tak semua peristiwa yang kita ingat ketika kecil dulu. Inikan pula ketika di alam roh.

Kehidupan kita manusia di dunia sebagai medan ujian Allah SWT untuk menguji keimanan hambaNya.

Menurut Imam Ghazali, hampir kebanyakan masalah yang menimpa diri manusia itu adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri yang sering kalah dengan nafsu (pintu-pintu peluang diselinap Syaitan).

Contoh:
Hubungan luar nikah - dosa buang anak kerana takut pandangan orang ramai
Ambil rasuah - masuk penjara

Ujian Allah SWT sedikit saja sebenarnya.

Mengenal diri sebagai manusia...
Fizikal kurang - sungguh2 ingin memperbaiki.
Contoh: Iklan yang banyak di TV... Sebelum... Selepas... :|

Rohani kurang - kurang sekali usaha kita untuk memperelokkannya...

Batil yang berperancangan berjaya!
Perkara yang baik kalau tidak berperancangan, out!

Nafsu perut...
Kalau ditahan diri kita ini dari diberi makan dan minum selama beberapa hari. Kemudian offer antara makanan atau kereta mewah atau emas.

Mana dulu yang akan dipilih kita agak2nya?

Manusia sering tidak sabar nak tengok natijah.

Misalan:
Si A terpengaruh melihat gelang tangan emas milik rakannya. Si A teringin dan tak sabar untuk memilikinya juga. Bermacam usaha yang si A cuba lakukan termasuk menipu ibu bapanya dengan mengatakan duit simpanannya hilang. Ibu bapa si A tidak sampai hati lalu memberikan sejumlah wang bagi merealisasikan impian si A. Tergesa-gesa si A ingin membeli gelang emas tersebut tapi didapati kedainya tutup.

Iktibar... perlu bersabar pada proses dan natijahnya serah pada Allah SWT. Kalau tidak, akan berlaku banyak perlanggaran (misalnya menipu) kerana nafsu yang terburu-buru.

Jika mengimpikan sesuatu yang baik dalam kehidupan, bersabarlah dengan proses yang mengikut peraturan Allah.

Kepimpinan Islam

Isi ceramah Kursus Tadbir Urus Yang Baik

Kepimpinan Islam menurut pandangan Imam Ghazali
1) Khalifah
2) Imam - di hadapan
3) Qiyadah (kepemanduan) - steering
4) As-Siyadah (tuan) - kuasa autoriti
5) Ar-r..... - ketua dilantik
6) Ar-ria'yah - ciri pengembala (memantau)
7) Az-zaa'mah - pemimpin di kalangan kaum

Ciri-ciri pemimpin
1) Kuat iman
2) Kuat akal
3) Sihat fizikal

Erti Khalifah
Wakil Allah untuk mentadbir alam dengan peraturan Allah SWT.

Tanggungjawab kepimpinan
1) Diri-sendiri
2) Organisasi
3) Keluarga

Kategori kuasa menurut Imam Ghazali
1) Guna kuasa dengan betul dan ikut batasan (tak ganggu ekosistem).
2) Gila kuasa.
3) Tak nak guna kuasa.

Setiap pembaharuan / perkembangan / kemajuan yang ingin dilaksanakan perlu merujuk Al-Quran.

Al-Masalih Al-Mursalah
Mana yang tiada disebut di dalam Al-Quran, manusia yg dikurniakan akal perlu cari jalan untuk urus demi kebaikan dan kesejahteraan semua.

Cara Allah SWT mentadbir (dari pemerhatian penceramah) - beransur-ansur boleh dijadikan iktibar kita semua!

Contoh:
1) Kejadian siang dan malam
2) Proses tumbesaran anak yang dikandung ibu selama 9 bulan

Syura vs Demokrasi!

Kepimpinan Islam perlu mencakupi kesemua 3 aspek:
1) Aqidah - tidak boleh berkompromi dalam hal ini!
2) Fiqh - nilai yg dikongsi bersama (80%), solat (20%)
3) Akhlak -

Pandang insan secara baik, boleh berubah mungkin kita saja yang tidak tahu!

Contoh:
Rasulullah SAW dengan mentaliti dakwah. Jika tidak kerana sabarnya Rasulullah SAW tidak akan tersebarnya Islam hingga ke hari ini!

Mengurus organisasi diri

Kekuatan akal
Cth: 2 x 2 = 4
Jika dikatakan 2 x 2 = 3 tidak dapat diterima!

Akal hebat tapi perlu berteraskan ilmu wahyu.

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu berpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Nilai universal - dikongsi semua.

Cth:
Perlu bekerja dengan tekun

Nilai Islam - matlamat tidak menghalalkan cara.

Cth:
Seperti kisah Robin Hood - giat merompak untuk membantu orang susah yang lain.

Nilai Islam dalam kepimpinan

Kehebatannya...
1) Dalam menghubungkan kebaikan dunia Akhirat.
2) Memenuhi fitrah manusia.

Pimpin organisasi diri sendiri dahulu.
1) Jasad
2) Rohani

Perhatikan alam - ekosistem yang besar.

Fitrah alam - peraturan untuk jaga keseimbangan.

Bagaimana jika matahari tidak berfungsi seperti kebiasaannya?

Alam tidak pernah mengingkari perintah Allah SWT.

Kenapa manusia tidak seperti alam yang suka melanggar peraturan Allah SWT?

Bencana yang sekali-sekala datang - kifarah ke atas sesuatu kesalahan.

Peraturan agama demi menjaga kesejahteraan semua! Apabila agama hanya sampingan! Kegagalan dalam mengubah sikap, hanya sekadar mengatur sikap atau memantau sikap. Banyak kelemahannya! Perlu mekanisme pemantauan - pasang CCTV banyak2???

Contoh:
Di satu negara, rakyatnya tidak berani buang sampah atau speed di jalanraya tapi apabila keluar dari kawasan tersebut, mereka kembali kepada sikap mereka yang sebenarnya.

Kepimpinan integrasi

Asas pengurusan
1) Ilmu
2) Kuasa
3) Kasih

Rujuk As-Sajdah : Ayat 16

Firman Allah SWT: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."

Maslahat (Islam) / Teori Maslow (Barat)
1) Mendesak - rumah, makan
2) Keperluan - kenderaan
3) Keselesaan - banglo

Al-Dharuriat - prioriti ketika membuat sesuatu polisi
1) Agama
2) Nyawa
3) Akal
4) Keturunan
5) Harta

Islamic way
1) Itqan
2) Ihsan
3) Ibda'

Nilai bersifat nisbi, subjektif
Nilai Islam - mutlak!

3 dimensi manusia
1) Vegetable soul (jiwa tumbuhan) - makan, membesar
2) Animal soul (approx. 90%) - makan, membesar, bergerak, kekuatan untuk tangkap

Contoh:
Seekor anak harimau memerhatikan sang ayah menerkam rusa tiba2 kedengaran letupan yang keluar dari sesuatu dan ayahnya terkujur.

Terakam di minda anak harimau:

Rusa - terkam!
Senapang - lari!

Apa pengaruhi motivasi manusia?
1) Pengaruh teladan
2) Indoktrinasi
3) Ketua / pemimpin
4) Persekitaran

Islam way...
1) Indoktrinasi (contoh teladan atau qudwah hasanah)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

2) Biasakan
3) Kuasa