Tuesday, May 7, 2013

Kita berbeza...

Musim pilihanraya... terlihatlah fikrah/pemikiran rakan-rakan...

Tak apa la...

Masing-masing punya asas pertimbangan sendiri... Janji kita faham apa yang kita pegang... Bukan sekadar ikut-ikut saja…

Pernah melalui zaman budak mentah yang masih tercari-cari 'jalan' yang sepatutnya diikut...

Sampai ada satu ketika diri tertanya-tanya...

"Sampai bila aku mahu hidup sekadar dengan ikut-ikut orang? tanpa aku sendiri faham kenapa aku buat itu dan ini? Cuba-cuba…”

“Tapi… bagaimana aku nak tahu patut ke tidak aku buat itu dan ini?"

Baru diri tersedar…

“Allah… rupanya aku ini serba tak tahu, serba terhad akal…”

Cari dan terus cari… bertanya, melihat, mengkaji, belajar…

Hati terdorong kepada ayat-ayat ini…

"Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an” (103, Ali-Imran).

"…Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya..." (7, Al-Hasyr).

Hadis Ketiga

3- عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنْ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ. (مسلم)

Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat petunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan." (Muslim)

Hadis Keempat

4- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.). (Imam Malik).

Inilah ASAS PERTIMBANGAN aku, SUMBER KEKUATAN DIRI untuk perbaiki kekurangan lalu (yang terlalu banyak tak terhitung), kini dan masa depan…

Ini cara aku… Mungkin tak sama dengan cara kalian yang lain… Terpulanglah… :)