Showing posts with label idola. Show all posts
Showing posts with label idola. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Ingin seperti Salahuddin Al-Ayubi!



Akan dia berusaha mendidik diri sendiri bersama-sama permata hati kesayangan... The 4 Little Khalifahs menyusuri jejak langkahmu... Salahuddin Al-Ayubi!



Thursday, July 23, 2009

Umar Mukhtar 'Lion of the Desert'



Pengajaran buat diri sendiri...
Alangkah jika dia mempunyai kekuatan semangat dan jiwa merdeka seperti mereka... Biar derita... tapi masing-masing tidak mengalah! Sesak nafas rasanya melihat kekejaman yang menimpa diri mereka. Rakyat Palestin juga begitulah keadaannya ketika ini... Alangkah jika Malaysia didatangkan dugaan serupa itu (tidak mustahil)... Mampukah kita mencontohi semangat juang dan jati diri seperti mereka!!! Walau disogok dengan wang... Wang tak dapat membeli harga diri dan ganjaran nikmat di akhirat! Nikmat dunia hanya sementara... Wahai diri ini... muhasabah... muhasabah... muhasabah...

Tanahair yang ingin dijajah orang asing perlu dipertahankan... Alangkah jika mereka dayus... tentu tergadailah tanahair dan tiada lagilah generasi pewaris masa depan... Lawan tetap lawan! Mana mungkin dibiarkan penjajah berbuat sesuka hati! Tewas di dunia tak mengapa kerana MATI ITU PASTI! Asalkan tanggungjawab sebagai khalifahNya telah dilaksanakan... Bukankah itu yang sepatutnya???

Tuesday, July 14, 2009

Siapa idola anda?

'Idola' menurut kamus dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kedua memberi maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung.

Idola... mereka yang sering dilihat di kaca tv ataupun didengar celoteh mereka di corong-corong radiolah yang dia rasakan paling mudah mengumpul ratusan... ribuan... malah jutaan peminat yang menyanjung mereka... penyanyi, pelakon, deejay radio...

Dia tak dapat nafikan betapa besarnya pengaruh mereka ke atas anak-anak muda zaman ini... dan inilah sebenarnya yang merunsingkan fikiran dia... bagaimana jika pengaruh itu disalahgunakan... sama ada mereka tidak sengaja kerana ceteknya ilmu mereka ini atau memang sengaja ingin memberi pengaruh tidak baik kepada peminat yang menyanjung mereka.

“Tetapi saya mengaku buat masa ini saya lebih selesa untuk keluar dengan N****N kerana dia bukan lagi suami orang.” Kata M***Y. (Utusan 12/7/09)

"Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena." Kata N***L. (Utusan 19/4/09)

Aduhai idola... :| Alangkah baiknya jika mereka sedar dan gunakan pengaruh mereka untuk mengajak ke arah kebaikan.

Tuesday, June 30, 2009

Lu fikirlah sendiri!

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil
Utusan, 19 April 2009


Sekadar gambar perhiasan dunia.

Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

*** alahai... Nabil... Nabil... ***
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata; "Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

*** Umpama anak yang melawan cakap ibunya. Ini lagi kes berat. Hamba melawan larangan Pencipta dirinya. ***
“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Surah Al-Isra’:32)

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

*** errr... kalau bukan dalam siaran langsung kira ok la ye Nabil... ***

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

---------------------------------------------------------------
Pada hemat dia...
Bagi mereka yang sangat fanatik menjadikan 'artis itu' sebagai idola mereka nampaknya kenalah fahamkan betul-betul apakah maksudnya "Lu fikirlah sendiri!" tu. :|

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia sentiasa menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab: 21)

Tuesday, June 23, 2009

Ibu miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Seorang perempuan dan seekor lembu
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua makhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ. Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. “Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Membida dan bersedekah
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil bersedekah. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Pengorbanan murni dan ganjaran berganda
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. “Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu. Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

* Sesungguhnya ibu tua ini idolaku...

Friday, May 29, 2009

Seteguh hati Ibu Khansa'

Ibu Khansa' yang teramat saya kagumi. Entah termampukah diri ini jika berada di tempatnya...?

Khansa' "Ibu kepada syuhada"

Beliau mempunyai empat orang anak lelaki yang kesemuanya mati syahid di medan peperangan. Sebelum anak-anaknya pergi bertempur, beliau mengucapkan kata-kata semangat kepada anak beliau:

"Wahai anak-anakku, tiada Tuhan melainkan Allah dan inilah kebenaran sebenar. Maka untuk kalimah itu kamu berperanglah sampai mati. Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya kamu diberi kehidupan."

Akhirnya kempat-empat anaknya pergi keluar berjuang dan bertempur yang mana keempat-empatnya mendapat anugerah syahid dari Allah swt. Apabila berita kematian anaknya diberitahukan kepadanya, dia sedikitpun tidak mengeluarkan airmata malah berkata:

"Alhamdulillah, Allah telah memuliakan aku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggilku dan mempertemukan aku dengan putra-putraku yang berada dalam naungan rahmat Allah yang kukuh iaitu syurgaNya."

Alangkah indahnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu bernama Khansa'...

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)