Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Petanda untuk iktibar

Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghifari r.a. katanya: "Rasulullah SAW melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang lalu berkata: "Apakah yang sedang kalian semua perbincangkan?" Jawab para sahabat "kami sedang memperkatakan mengenai hari kiamat." Lalu baginda bersabda , "kiamat tidak akan terjadi sebelum terjadi sepuluh tanda: Ad Dukhan (asap atau kabut), Dajjal (si penipu besar), Dabbah (binatang melata). Matahari terbit di barat. Isa anak Maryam a.s turun Ya'juj dan Ma'juj. Tiga Gerhana: di timur. Gerhana di barat. Gerhana di Jazirah Arab. Dan akhir sekali api keluar di Yaman menghalau umat manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)."

Hadis Riwayat Imam Muslim : 2901 , 7467 , Abu Daud no.4311 dan at-Tirmidzi no. 2184

Beberapa dalil tentang tanda-tanda akhir zaman. Hadis Rasulullah saw yang berbunyi: ”Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat itu ada tiga, salah satunya ialah akan dituntutnya ilmu dari al-Ashogir (orang-orang kecil)”.

Orang kecil maksudnya adalah orang yang berkata menurut pendapatnya sendiri saja (tanpa mengacu pada Kitabullah dan sunnah Rasulullah).

Hadis Rasulullah saw yang berbunyi: ”Pada angkatan belakangan umatku, akan ada para lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana kuda, lantas turun di pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka berpakaian tapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan kelasa unta yang tinggi. Laknatlah mereka, kerana mereka adalah wanita-wanita terlaknat. Kalau di belakangmu (sesudahmu) nanti masih ada umat-umat lain, niscaya wanita-wanita kamu akan melayani wanita-wanita mereka, sebagaimana dahulu kamu dilayani oleh wanita-wanita sebelum kamu.

Hadis di atas bukan sekadar khabar biasa, ia merupakan peringatan Rasulullah saw agar para suami tidak mudah memberikan izin kepada isteri mereka untuk keluar rumah untuk sebuah kepentingan yang sepele. Juga merupakan peringatan agar mereka menjauhi tradisi jahiliah yang membebaskan wanita untuk berbaur dengan laki-laki.

Hadis Rasulullah saw yang berbunyi: ”Ada tiga perkara yang apabila terjadi, maka tidak bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam imannya, yaitu terbitnya matahari dari arah barat, (munculnya) Dajjal, dan keluarnya binatang (binatang melata yang bisa bicara) dari dalam bumi”.

Terbitnya matahari dari arah barat, ada yang mentakwilkan dengan ungkapan, bahwa di akhir zaman nanti seluruh manusia akan berkiblat ke Barat (Eropah dan Amerika), dan itu merupakan pujian terhadap kemajuan budaya dan tingkat kehidupan bangsa Barat. Tapi menurut Abu Fatiah, pendapat ini lemah. Ada lagi yang memaknai Terbitnya matahari dari arah Barat dengan menghubungkannya dengan ilmu alam di mana suatu saat nanti bumi ini tidak lagi berputar sebagaimana biasanya namun ia akan berbalik arah, hingga matahari akan tampak terbit dari Barat. Pendapat ini juga kurang berdasar karena logikanya ketika bumi tidak berputar seperti biasa maka kehidupan ini akan hancur karena semua yang ada di atas bumi berantakan, bagaimana mungkin akan diketahui arah terbit matahari. Pada saat terjadinya peristiwa terbitnya matahari dari arah barat, manusia masih tetap seperti sedia kala. Kaum muslimin masih melaksanakan ibadah dan mereka masih hidup untuk beberapa waktu lamanya.

Nabi saw dalam kesempatan lain menceritakan bahwa salah satu tanda dekatnya kiamat adalah banyaknya fitnah besar yang menyebabkan tercampurnya antara hak dan batil. Di saat itu iman manusia mudah tergoncang. Bahkan karena beratnya fitnah yang dihadapi manusia, ada di antara mereka yang di waktu pagi dalam keadaan beriman, di sore hari telah menjadi kufur. Di waktu sore mereka dalam keadaan beriman, dan ketika masuk pagi hari mereka telah menjadi kufur.

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Benarkah dia Dajjal sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam haditsnya?

Ada dua hadits yang menyebutkan hal ini; pertama, hadits yang diriwayatkan dari Abu Bakar as-Shiddiq, ia berkata: Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi). Kedua, sabda Rasulullah saw, Ketahuilah, bahwa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, bahkan ia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur… dan Beliau berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur (Shahih Muslim).

Rujukan:

1) Ehoza

Wednesday, January 27, 2010

Semoga dilindungi Allah

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.

Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.

Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.

“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.

Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.

“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.

Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.

Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.

“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.

“Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.

“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.

“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.

“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/7beranaksasaranbunuh/Article/

Semoga mereka semua di bawah perlindungan Allah swt. Amin...

Monday, August 3, 2009

Menuju era ke-5!

Saya amat tertarik untuk berbincang mengenai isu perpaduan umat Islam ini memandangkan umat Islam dilihat sewenang-wenangnya ditindas di serata dunia...

Hasil pembacaan saya dari buku bertajuk '3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia: Al-Mahdi - Dajjal - Nabi Isa Al-Masih, Al-Mahdi dan Isa Pembawa Keamanan Sejagat'.

Rupa-rupanya penindasan yang berlaku ke atas umat Islam serata dunia ini merupakan salah satu dari tanda-tanda hampirnya Kiamat (rujuk ms 38-40). Tidak ketinggalan termasuklah juga dengan berpecah-belahnya umat Islam (rujuk ms 83-88).

Kajian saya dari buku yang sama juga menemukan saya dengan hadis ini yang sedikit sebanyak mengubat kelukaan hati melihat saudara seakidah ditindas di sana sini...
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, "Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGGIGIT (fitnah) diperintah secara warisan (Monarki), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian. Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi.”(Rujuk ms 4)

Hadis ini menjelaskan bahawa dunia sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga HAMPIR KIAMAT terbahagi LIMA ZAMAN...

1) Zaman Rasulullah s.a.w (25 tahun)

2) Zaman Khulafa Ar-Rasyidin; 4 Khalifah bersahabat - 30 tahun >> Saidina Hassan bin Ali sehingga Umar Abdul Aziz – 60 >> khalifah2 seterusnya selama 200 tahun. Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa umat Islam di dalam keadaan baik sahaja selama 300 tahun ini tetapi tidak begitu lagi setelah itu berdasarkan penegasan Rasulullah s.a.w,
”Sebaik-baik kurun ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Zaman fitnah

4) Zaman diktator (pemerintahan ideologi-ideologi buatan manusia – sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi termasuk nasionalis!)

5) Zaman KEKHALIFAHAN yang mengikut manhaj zaman kenabian.

Di samping hadis tadi... terdapat hadis lain di mana Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa menjelang Kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar KHALIFAH.

Hadisnya...
Dari Said dan Jabir bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, ”Akan ada PADA AKHIR ZAMAN nanti seorang KHALIFAH yang akan membahagi-bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur).” (Riwayat Muslim) (Rujuk ms 5)

Hadis lain...
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman. (Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

Era 1 – 4 yang telah disebut Rasulullah s.a.w pada lebih kurang 1,400 tahun yang lampau telah dan sedang berlaku!

Tidakkah kita kini sedang berdepan dengan pemerintahan ideologi-ideologi di era ke-4???! Sejarah kekuasaan mereka antara 100-200 tahun.



Di era ke-4 inilah dapat dilihat bagaimana strategi musuh meruntuhkan semangat KESATUAN UMMAH SEJAGAT dan menanam semangat NASIONALISME setelah terhapusnya sistem Khalifah di Turki tahun 1924 melalui agen musuh bernama Mustafa Kamal At-Tarturk yang kita kenali selama ini sebagai Bapa Kemodenan Turki!



Setelah itu maka bermulalah era ”Kau jaga negara/negeri/keluarga/diri kau dan aku jaga negara/negeri/keluarga/diri aku sendiri! Jangan masuk campur! Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang!” Strategi mereka nampaknya berkesan!!! Jiran tak kenal jiran lagi! Mati kubur masing-masing... Terlupa agaknya... diri sebenarnya masih memerlukan insan lain untuk memandikannya, menyolat jenazahnya, mengusung kerandanya dan menimbus tanah di liang lahadnya...





Tapi jika DIAMATI DENGAN TELITI perkembangan semasa kini, era kegemilangan pemerintahan DIKTATOR ini telah SEMAKIN LEMAH KUASANYA seperti Amerika dan Eropah Barat.

DAN SETERUSNYA... ERA KE-5 YANG AMAT DINANTIKAN... SEMOGA KITA SEMUA TERMASUK DI DALAM RANTAIAN UMAT YANG BERADA DI DALAM PERJUANGAN MENUJU ERA KE-5 INI...! AMIN...

Jika tidak kerugianlah kita! Mungkin perjuangan kita terhenti di pertengahan jalan di kala ajal sudah dijemput... anak-anak warisan umat akan menikmati kejayaannya di kemudian hari... lebih-lebih lagi buat anak-anak kita di Palestin yang dizalimi. InsyaAllah...

Bukankah itu sebaik-baik bekalan amalan dibawa ke Akhirat? Menjadi insan yang memberi manfaat pada orang lain... bak kata Ustaz AbuSaif ”Erti Hidup Pada Memberi”...

Strategi perjuangan kita...??? Pandangan peribadi saya sendiri... (in no chronological order).

1. Berakhlak Muslim supaya memberi teladan kepada manusia sekeliling. Di rumah... di sekolah... di universiti... di tempat bekerja... di mana-mana... Kuatkan jati diri walau berada di persekitaran yang cenderung negatif tetap tidak sedikitpun terpengaruh dengannya.
Firman Allah s.w.t bermaksud, "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (Surah al-Ahzab: 21)

Bina kekuatan dalaman diri sendiri... dengan ini saya selalu membayangkan apakah tindakan saya jika diugut dengan senjata tajam dihunus ke leher ini memaksa saya keluar dari agama yang saya anuti selama ini...

Adakah saya akan menyerah kalah kerana ketakutan atau tidak yakin??? Atau... saya akan terus pertahankan walau nyawa terpaksa melayang?!
"Dan, jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Surah Ali Imran: 169)

Lihat saja betapa kentalnya akidah Sumaiyah wanita Islam pertama syahid seperti yang ditonjolkan di klip filem "The Message" ini...



Sukar... terlalu banyak yang saya sendiri perlu persiapkan diri untuk memilih berada di situasi kedua kerana Islam saya selama ini saya rasakan hanya kerana Islam Genetik bukan kerana Islam yang Haq!
"...Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”. (Surah al-An’am: 162)

2. Mengajak mereka yang terdekat dengan diri... keluarga dan saudara mara kerana Allah telah memberi panduan sebagaimana firmanNya bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)

3. Memilih pemimpin yang meletakkan dalam agendanya untuk mencorak pemerintahan negara ke arah menuju perjuangan menempuh era ke-5 bersama-sama pemimpin dunia Islam yang lain yang mempunyai cita2 yang sama.

4. Jalinkan talian persahabatan dengan saudara-saudara kita di serata dunia biarpun hanya secara maya dan berkongsi inspirasi yang sama.

5. Menyertai kumpulan jemaah yang diyakini menggerakkan perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff: 4)

Pendapat anda bagaimana....???



”Bersama Merapatkan Saf Perjuangan Menuju Era Ke-5!”
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sebelum kaum itu berjuang keras untuk mengubah nasibnya sendiri.” (Surah ar-Raad: 11)

Lagi perbincangan di forum I Luv Islam ini.

Monday, July 20, 2009

PDRM... informasi penting!

Pernahkah anda melayari laman web PDRM? Di sana anda akan dapat melihat senarai Orang Dikehendaki dan senarai Orang Hilang. Dari pemerhatian dan analisis saya, didapati jenayah paling banyak dilakukan oleh kaum Cina dan melibatkan kes bunuh! Kaum Melayu kebanyakannya terlibat dengan jenayah rogol, samun, ragut dan curi kenderaan.

Pada hemat saya...

Saya mengandaikan bahawa jenayah samun dan curi kenderaan yang dilakukan oleh kaum Melayu adalah disebabkan mereka ini terlibat dengan gejala dadah. Jadinya mereka akan melakukan apa saja bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.

Tidak hairanlah mengapa Rasulullah s.a.w pernah bersabda...
”Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram.” (Riwayat Muslim)

Seperti yang diulas dari laman web JAKIM... Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil di atas yang diqiaskan kepada arak. Dalam Al-Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Qur’an dan al-hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat.

Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud...
"...Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..."

Bagi jenayah rogol, saya merasakan bahawa sikap tidak endah atau terlupa akan tegahan-tegahan dan nasihat-nasihat yang telah diberikan ini menjadi penyebabnya...

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda...
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda...
"Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Firman Allah swt...
”Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah swt kepada para isteri Rasulullah saw serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya." (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Firman Allah swt...
”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...” (Surah An-Nur: 30-31)

Firman Allah swt lagi...
”Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzaab: 59)

Saya pernah juga terdengar kata-kata bantahan dari rakan-rakan kaum wanita sendiri tentang saranan ayat itu tadi...

”Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanakpun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat.”

Dan saya beruntung kerana terjumpa satu jawapan dari seorang Ustaz mengenai hujah tadi...

”Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya.

Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing. Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur

Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan.”

Kes ragut...

Pada hemat saya, ada baiknya jika kita sorok2kan segala jenis gelang yang ada di sebalik pakaian kita agar tidak menarik perhatian mat-mat gian yang sememangnya mencari peluang di sekeliling mereka.

Firman Allah swt...
”...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: 30-31)

Kita usahakanlah memilih beg yang tidak begitu menonjol dan melindungi beg supaya tak mudah diragut. Kes ragut inipun akibat dari pengaruh dadah yang HARAM tu. Alhamdulillah... negara amat prihatin dalam usaha membanteras najis yang satu ni.

Bukankah mencegah lebih baik dari merawatnya???

Israk Mikraj

ISRA’ WAL-MIKRAJ

Sebelum Isra’ dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan " Isra’ " itu.

Semasa Isra’(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut).

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air
panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. (Hadis riwayat Muslim)

Peristiwa Semasa Mikraj

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.Langit Ke-2: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.Langit Ke-4: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v.Langit Ke-5: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.Langit Ke-6: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.Langit Ke-7: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.

viii.Tangga Ke-8: Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.Tangga Ke-9: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:

Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah Al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Kesimpulan

Peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada Baginda S.A.W. Diharap peristiwa besar Isra’ dan Mikraj ini dapat memberi pengajaran dan iktibar yang berguna kepada kita semua,semoga dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kenanglah pengorbanan dan kasih sayang Rasulullah S.A.W kepada umatnya.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Tuesday, July 7, 2009

Yahudi ditelan bumi?



Sangat menakutkan... sedang asyik bersuka ria tiba-tiba ditelan bumi!

Friday, July 3, 2009

Kebenaran yang pahit!





Jauhnya lagi perjalanan! Kita perlu terus melangkah... :|

Kejar ilmu! Kejar ilmu! Kejar ilmu! Teringat pengajaran semasa di dalam pengajian dulu... bahawa semakin bertambah ilmu dimiliki maka semakin ia mendekatkan diri kepada Pencipta.

Di mana kita???

A very interesting piece of information or shall I say advice to be shared.

The figures are speaking themselves very loudly but we refuse to listen. Some thoughts - Extracts of speech by Hafez A.B.Mohamed. Director-General, Al Baraka Bank.

Demographics

World Jewish population: 14 million
Distribution:
- 7m in America
- 5m in Asia
- 2m in Europe
- 100 thousands in Africa

World Muslim population: 1.5 billion
Distribution: 1 billion in Asia/Mid-East
- 400m in Africa
- 44m in Europe
- 6m in the America

o Every fifth human being is a Muslim.
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims

Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims!

Why..???

Here are some of the reasons.

Movers of Recent History
o Albert Einstein - Jewish
o Sigmund Freud - Jewish
o Karl Marx - Jewish
o Paul Samuelson - Jewish
o Milton Friedman - Jewish

Medical Milestones
o Vaccination needle: Benjamin Ruben - Jewish
o Polio vaccine: Jonas Salk - Jewish
o Leukaemia drug: Gertrude Elion - Jewish
o Hepatitis B: Baruch Blumberg - Jewish
o Syphilis drug: Paul Ehrlich - Jewish
o Neuro muscular: Elie Metchnikoff - Jewish
o Endocrinology: Andrew Schally - Jewish
o Cognitive therapy: Aaron Beck - Jewish
o Contraceptive pill: Gregory Pincus - Jewish
o Understanding of human eye: G. Wald - Jewish
o Embryology: Stanley Cohen - Jewish
o Kidney dialysis: Willem Kloffcame - Jewish

Nobel Prize Winners
In the past 105 years, the 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst the 1.5 billion Muslims have achieved only 3 Nobel winners.

Inventions that changed History
o Micro-processing chip: Stanley Mezor - Jewish
o Nuclear chain reactor: Leo Sziland - Jewish
o Optical fibre cable: Peter Schultz - Jewish
o Traffic lights: Charles Adler - Jewish
o Stainless steel: Benno Strauss - Jewish
o Sound movies: Isador Kisee - Jewish
o Telephone microphone: Emile Berliner - Jewish
o Video tape recorder: Charles Ginsburg - Jewish

Influential Global Businesses
o Polo: Ralph Lauren - Jewish
o Coca-Cola: - Jewish
o Levi's: Levi Strauss - Jewish
o Starbuck's: Howard Schultz - Jewish
o Google: Sergey Brin - Jewish
o Dell Computers: Michael Dell - Jewish
o Oracle Computers: Larry Ellison - Jewish
o DKNY: Donna Karan - Jewish
o Baskin Robbins: Irv Robbins - Jewish
o Dunkin' Donuts: Bill Rosenberg - Jewish

Influential Policy-makers/ Politicians
o Henry Kissinger, US Sec. of State - Jewish
o Richard Levin, President Yale University - Jewish
o Alan Greenspan, US Federal Reserve - Jewish
o Joseph Lieberman, US Senator - Jewish
o Madeleine Albright, US Secretary of State - Jewish
o Casper Weinberger, US Secretary of Defence - Jewish
o Maxim Litvinov, USSR Foreign Minister - Jewish
o David Marshal, Singapore Chief Minister - Jewish
o Isaac Isaacs, Gov-Gen. Australia - Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman - Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM - Jewish
o Barry Goldwater, US Politician - Jewish
o Jorge Sampaio, President of Portugal - Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy PM - Jewish
o Pierre Mendes, French PM - Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. - Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor - Jewish
o Robert Rubin , US Sec. of Treasury - Jewish

Global Media Figures
o Wolf Blitzer, CNN - Jewish
o Barbara Walters, ABC News - Jewish
o Eugene Meyer, Washington Post - Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine - Jewish
o Katherine Graham, Washington Post - Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times - Jewish
o Max Frankel, New York Times - Jewish
o John Wayne, Hollywood - Jewish

Global Philanthropists
o George Soros - Jewish
o Walter Annenberg - Jewish

* Kebanyakan mereka juga ada kaitannya dengan GERAKAN FREEMASON.

Why are they powerful and why are Muslims powerless?

Here's another reason... We have lost the capacity to produce knowledge.
o In the entire Muslim world (57 Muslim countries) there are only 500 universities
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities

Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World.

o Literacy in the Christian world - 90%
o Literacy in the Muslim world - 40%
o 15 Christian-majority countries' literacy rate - 100%
o Muslim-majority countries with 100% - None
o 98% in Christian countries completed primary education
o Only 50% in Muslim countries completed primary education
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries, a dismal 2% attended university
o Muslim-majority countries have 230 scientists per million
o The USA has 5000 per million
o The Christian world - 1000 technicians per million
o Entire Arab world - only 50 technicians per million
o Muslim world spending on R&D - 0.2% of GDP
o Christian world's R&D - 5.0% of GDP

Conclusions
The Muslim world lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.
o Pakistan : 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore : 460 per 1000 citizens
o UK book titles per million is 2000
o Egypt book titles per million is only 17

Conclusion...
Muslim World is failing to diffuse knowledge.

Applying knowledge is another such test.
o Exports of high-tech products from Pakistan : 0.9%
o In Saudi Arabia : only 0.2%
o Kuwait , Morocco and Algeria : only 0.3%
o Tiny Singapore (4mil pop.) : 68%!

Conclusion...
Muslim world is failing to apply knowledge.

What do you conclude? No need to tell... The figures are speaking themselves very loudly but we are unable to use the ears Allah gave us to listen and eyes to let us see...

Advice

Please educate yourself and your children. Excuses like lack of money, ability or opening are nothing more than that - excuses.

Always promote education, don't compromise on it. We hate to be weak, illiterate and poor but are we too weak to give our children the opportunity to break the curse?

Don't ignore your children's slightest misguidance from education... and please, for Allah's sake, don't use your personal contacts to promote your children in their
education. If they fail, let them because it will make them learn the sweetness of success. Remember... if they can't do it now, they can't ever.

With knowledge comes power, and with it even the small can rule over the big. We are world's biggest but sadly NOT strongest nation.

All we need is to identify and explore our inner selves. Insha-Allah, our weapon to victory, our duty to spread God's words and our opportunity to save all humankind is best through knowledge, creativity, literacy... And nothing else.

Source: nourelhousna.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Surat dari anak mak yang dah tak nakal

Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal
www.iLuvislam.com (pengirim: umarzahrawi)

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu. Bacalah surat ini bersama lagu kitaro di bawah.


Sambil baca sambil dengar audio ni...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!


Video Lagu Anak Soleh

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Friday, June 5, 2009

Oh ibu...

Pondok Buruk Tepi Sungai
Oleh Safuri Kamarudin (am@hmetro.com.my)

BALING: “Di pondok buruk ini nenek akan menghabiskan sisa hayat nenek. Meskipun terpinggir dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan, nenek masih bahagia kerana tidak mengganggu hidup orang lain,” kata Siti Atkah Tahir, 76, yang tinggal sebatang kara di Kampung Rambung, Batu Tujuh, Jalan Kroh, di sini.

Bagaimanapun, warga emas itu yang tinggal di sebuah pondok di tebing sungai bersebelahan tanah perkuburan Islam di kampung itu, berterima kasih kepada jiran cukup prihatin dan sering menghulurkan bantuan kerana kasihan melihatnya.

... “Saya bersyukur kerana apabila terputus bekalan, ada jiran menghulurkan makanan. Mereka juga kerap menjenguk untuk ajak berbual selain bertanya khabar berikutan saya kini tinggal berseorangan,” katanya yang mendakwa mempunyai enam anak tetapi semua sudah berhijrah dari daerah ini dan jarang pulang menjenguknya.

Menurutnya, mungkin anaknya jarang pulang kerana dia orang susah dan tua.

“Namun, nenek masih bahagia walaupun terpaksa meneruskan kehidupan seorang diri sebelum ajal menjemput,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 5 Jun 2009

Tuesday, June 2, 2009

Kerana cinta

Cinta siapa yang kita tagihkan... kasih sayang siapa yang kita dambakan...?


Kerana cinta... mereka rela bergadai nyawa demi cinta mereka kepada agama Allah...


Kerana cinta... keluarga yang dibina disuburkan dengan niat demi mendapat redhaNya jua...

Kerana cinta juga... boleh membawa kepada kehancuran diri, agama, bangsa dan negara jika cinta itu tidak diletakkan pada yang hak.

Sumber: Kosmo, 22 Nov 2008.

Mahu gadai nyawa demi Fadhil - Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih

Oleh: Hisham Idris (hisham idris.com.my)



FADHIL cuba memujuk kekasihnya, Sha yang cuba terjun dari bumbung sebuah hotel di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak Fadhil."

Itulah jeritan Sha gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.

Sha yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

'Drama' itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter.

Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba.

Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.

Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut.

Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.

Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.

Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

----------------------------------------------------------------------------

Oh... ke manakah sepatutnya ditumpahkan rasa cinta yang membara ini? Persoalan ini sentiasa bermain-main dalam fikiran... Rupanya jawapan telahpun tersedia...

Sabda Rasulullah saw:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan RasulNYA saw sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari)


Friday, May 29, 2009

Tragedi cinta

Cinta Berdarah
Oleh: Azahar Hashim (am@hmetro.com.my)

KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.

Sumber: Harian Metro, 18 Mei 2009.




Sekadar gambar perhiasan.

Mungkinkah perkara ini akan berlaku sekiranya panduan ini menjadi ikutan...???

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (An-Nuur: 30-31)

"Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab." (Al-Ahzaab: 53)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)



Firman ALLAH SWT, "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata- kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya." (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata; "Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (Al-Isra: 32)

Thursday, May 28, 2009

Laskar Pelangi



"Kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat"












Mari menyusun seroja...


"Kita semua harus punya cita-cita!"