Showing posts with label seruan palestin. Show all posts
Showing posts with label seruan palestin. Show all posts

Monday, July 6, 2009

Asal-usul konflik Palestin

Sejak dari sekolah menengah dulu minat saya terhadap ilmu sejarah teramatlah sedikit sekali tidak kiralah ia sejarah Malaysia sendiri mahupun sejarah Islam. Struggle habis untuk dapatkan A semasa SRP tapi bukan kerana minat sangat cuma sekadar nak dapatkan A. Apalagi... hafallah jawabnya tapi tak menjiwai sedikitpun. :|

Sejak berlakunya konflik di Palestin, saya merasa terpanggil untuk lebih memahami kenapa Israel begitu berkeras untuk mendapatkan keseluruhan bumi Palestin ini. Satu 'keajaiban' telah berlaku dalam hidup saya kini kerana saya semakin mula berminat dengan sejarah dengan hati yang tulus ikhlas! Syukur alhamdulillah... :)

Saya pernah mendengar ungkapan "Sejarah akan berulang". Sejarah penting kerana ia memberi panduan kepada kita untuk mengemudi kehidupan seterusnya. Tindakan kita pada ketika itu dan kesan baik buruknya menjadi panduan untuk kita sama ada untuk terus dijadikan amalan atau elakkan di masa hadapan. Sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Sesuatu yang tentunya amat merugikan jika mengulangi kesilapan!

Sejarah Palestin... sememangnya teramatlah panjangnya sepanjang kewujudannya di muka bumi... so be patient... worth reading supaya tidaklah lagi kita menjadi antara yang buta hati sekadar melihat kesengsaraan mereka yang dari jauh itu.

----------------------------------------------------------------------------------

Asal-usul Konflik Palestin

Tidak ada tanah yang lebih bergolak selain daripada Palestin. Sejarah Palestin adalah sejarah panjang peperangan. Palestin adalah pusat tiga agama dan peradaban besar: Islam, Kristian, dan Yahudi. Ketiga-tiganya saling mempertahankan kewujudannya di atas tanah suci ini. Inilah tempat bertemunya bangsa-bangsa di satu titik konflik dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tapi satu perkara yang pasti, Palestin bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation), bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land).

Bagi umat Islam Palestin, adalah masalah utama kerana Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Di sana terdapat Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, tempat Isra’ Rasulullah saw., dan tempat yang sangat diberkati Allah swt.

#1. Sejarah Silam

Palestin adalah tempat yang bermakna untuk umat Islam kerana di situlah pusat kenabian. Ramai nabi-nabi yang diturunkan di situ, (atau paling kurangpun berkait dengan Palestin). Orang Yahudi plak claim Palestin, antara alasannya; mereka adalah penduduk asal di situ. Tapi, kalau mengikut kajian sejarah, penduduk asal di situ adalah kaum Arab yang diberi nama Kanan (Kan-An) yang menetap pada 2500 s.m.



Sejarah kenabian di Palestin bermula dengan Nabi Ibrahim. Kita semua tahu bagaimana Nabi Ismail ditinggalkan di Mekah, dan bagaimana asalnya mata air Zam-Zam. Nabi Ibrahim bukanlah daripada bangsa Israel. Selepas Nabi Ibrahim, Nabi Ishak kekal berada di Palestin dan Nabi Ismail pula di Mekah.

* 25 Rasul: Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’qub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad.

Bani Israel adalah keturunan daripada Nabi Ya’qub, termasuklah anak-anaknya, cucu cicit. (Israel yang bermaksud: orang yang berjalan malam) . Nabi Ya’qub menetap di Palestin. Anak Nabi Ya’qub ada sorang nama Yahuza, dari itulah asalnya nama Yahudi. Kita juga tahu cerita bagiamana anak Nabi Ya’qub, Nabi Yusuf yang dikhianat oleh abang dia, ditinggalkan di padang pasir dan kemudian diselamatkan dan dibawa ke Mesir. Selepas Nabi Yusuf jadi pemerintah di Mesir, baginda menjemput ayahnya, Nabi Ya’qub dan keluarga pindah ke Mesir. Pusat kenabian kemudiannya berpindah ke Mesir, sehinggalah ke zaman Nabi Musa dan Firaun.

Palestin yang di dalamnya terdapat Al-Quds adalah tanah waqaf umat Islam, yang telah mereka warisi sejak lebih dari 6000 tahun. Hal ini kerana Nabi Ibrahim a.s. bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nasrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim; dan beliau tidak musyrik pada Allah. [Ali Imran (3): 67].

Dari ayat tersebut sangat jelas disebutkan bahawa Palestin adalah warisan ideologis, bukan warisan genetis. Masuknya Musa ke tanah Palestin bukan kerana nenek moyangnya orang Palestin, melainkan perintah keimanan dari Allah swt.

Nabi Musa lepas melarikan diri dari Firaun melalui laut merah membawa rakyatnya (bani Israel) kembali ke Palestin. Namun orang Yahudi tak nak masuk Palestin (degilnya…) sebab masa tu ada ‘orang lain’ yang memerintah Palestin.

Musa berkata, “Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan bagimu (selagi mana kamu beriman). Dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), maka kamu akan menjadi orang-orang yang merugi”.

Mereka berkata, “Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa (bangsa kanaan). Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar. Jika mereka keluar, pasti kami akan memasukinya.”

Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut kepada Allah yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang kota ini. Maka bila kamu memasukinya, nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman.”

Mereka berkata, “Hai Musa, sekali-kali kami tidak akan memasukinya selamanya selagi mereka ada di dalamnya. kerana itu, pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya akan duduk menanti di sini saja.”

Berkata Musa, “Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara aku dan orang-orang yang fasik itu.”

Allah berfirman (jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun. Lalu, selama itu mereka berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu, maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang fasik itu. [Al-Maidah (5): 21-26].

Kerana itu, Zionis Israel Yahudi tidak memiliki hak waris atas tanah Palestin, baik dari Ibrahim, Musa, atau Ya’kub (Israel) yang merupakan nenek moyang mereka. Sebab, Palestin adalah warisan keimanan; dan Zionis Israel Yahudi saat ini berada dalam ruang keimanan yang berbeza, bahkan bertentangan dengan pendahulu mereka. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub.

“Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam.” [Al-Baqarah (2): 132].

Dari sudut pandangan keimanan, Palestin adalah warisan Islam. Bukan warisan tiga agama dan peradaban; Islam, Kristian, serta Yahudi yang sering disebutkan mempunyai akar yang sama, iaitu agama Ibrahim. Sebab, Ibrahim hanya memiliki satu agama, agama Islam.

“Ataukah kalian, (orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahawa Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’kub dan anak cucunya adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani? Katakanlah, apakah kalian yang lebih mengetahui atau Allah?” [Al-Baqarah (2): 140].

“Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula Nashrani, tetapi seorang yang hanif dan muslim dan dia tidak musyrik pada Allah.” [Al-Imran (3): 67].

Jadi, Allah sesatkan diorang selama 40 tahun. Pada waktu tu, Nabi Musa dan Nabi Harun wafat. Nabi Yusa’ (dikenali sebagai Joshua) adalah Nabi yang memimpin Yahudi masuk balik ke Palestin selepas tu (1190 s.m.)

Dalam Quran ada disebutkan kisah Nabi Daud dan tentera Raja Talut. Raja Talut memberi takhta kepada Nabi Daud sebagai raja di Palestin, dan start dari sini, bermulalah kerajaan Yahudi di Palestin. Nabi Daud tukar nama bandar pemerintahan kat situ, asalnya Madinatussalam kepada Jerusalem (Hebrew) - 995 s.m.

Nabi Daud digantikan oleh Nabi Sulaiman, dan pada ketika inilah zaman kegemilangan Yahudi sebab kita tahu betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman (menguasai jin dan sebagainya) dan dikatakan Nabi Sulaiman ada bina temple (Haikal Temple) kat Jerusalem.

Selepas Nabi Sulaiman wafat, Palestin terbahagi kepada dua; pertama ialah Kingdom of Israel, yang ditewaskan oleh Parsi. Kedua ialah Kingdom of Yahudi yang ditewaskan oleh Nebuchadnezar. Yahudi kemudian dihalau ke Iraq dan tak dibenarkan masuk lagi. (500-an s.m.)

Pemerintahan bertukar tangan dari Parsi ke Alexander The Great ke Rom (63 Sebelum Masihi) sehinggalah Umar Al-Khatab mengambil Palestin pada tahun 638M. Jadi kita boleh lihat, Yahudi cuma menjadi kerajaan di Palestin cuma 4 kurun sahaja. Dari Nabi Daud hingga sebelum Nebuchadnezzar (1104 s.m. - 586 s.m) sementara umat Islam yang memerintah selepas Umar selama 12 kurun.

#2. Sejarah Moden

Napoleon Bonaparte adalah orang yang bertanggungjawab membawa kembali Yahudi ke Palestin pada 20 April 1799 iaitu seramai 5000 orang. Tujuannya adalah untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Uthaminiyyah. Selepas Perang Dunia Pertama, Yahudi di Palestin cuma 55,000(8.4%), selebihnya adalah orang Arab.

Sumber: Azah

Divide & Conquer!









Dia rasa dia faham sekarang... kenapa mereka ini begitu beriya benar meruntuhkan sistem kekhalifahan dan memecahkan semua kepada sistem kenegerian dan kenegaraan seperti sekarang. "Kau buat hal kau, jangan masuk campur hal orang lain. Gaza itu di Palestin jadi jangan masuk campur. Biarkan mereka dengan masalah mereka sendiri!" Hmmm... berjayalah nampaknya matlamat mereka ini seperti yang termaktub di dalam protokol mereka... "Protokol Zionis"!

Matlamat #3
Menghapuskan semua kerajaan dan menghapuskan perasaan cintakan Negara.

Cara #3
1. Wujudkan 2 blok Negara yang berbeza iaitu negara maju dan negara mundur.
2. Elakkan masyarakat Arab daripada bersatu dengan menerapkan semangat nasionalisme yang JELAS BERCANGGAH dengan ISLAM kerana ia berasaskan kepada ketaksuban pada negara masing-masing.
3. Juzukkan negara Arab kepada negara-negara lebih kecil dan mempunyai sistem pemerintahan sendiri tanpa ada sebarang pergantungan atau campurtangan negara lain.
4. Kuasai parti politik di negara-negara Arab.

Dia membayangkan betapa jika sistem Khalifah dahulukala itu masih tertegak hingga ke hari ini tentunya hanya satu nama yang paling bersesuaian digelar "Negara Kesatuan Islam Bersatu"! Hmm... bilakah agaknya masanya akan tiba???

Thursday, July 2, 2009

Nasib Palestin seterusnya

Fasa 1: 1880 - 1917

Pada tahun 1897, ditubuhkan World Zionis Organization (Pertubuhan Zionis Sedunia) dan kongres pertama diadakan di Swiss pada 27-29 Ogos 1897. British dikempen supaya menyokong pertubuhan tersebut. Sebelum WW1 (1914-1918), kerajaan Uthmaniyyah melarang orang Yahudi membeli tanah di Palestin tapi larangan tersebut ditarik balik selepas tu.

Semasa WW1, British telah buat perjanjian dengan tiga pihak. Perjanjian dengan France dan Rusia tentang pembahagian kawasan kemenangan (kalau mereka menang), perjanjian dengan Raja Hussin supaya tolong lemahkan kerajaan Uthmaniyyah melalui semangat nasionalisme (kalau berjaya, akan diberi Palestin) dan terakhir dengan Zionis yang ketika itu menguasai Amerika. Tujuannya adalah agar dapat melobi Amerika menyertai pasukan British dalam perang dan sebagai balasan, akan diberikan Palestin kepada mereka. Ini dinamakan ‘Belfa Declaration‘.

Fasa 2: 1917-1948

Semenanjung Palestin dikenali sebagai trans Jordan ketika itu. Pada tahun 1924, kerajaan Uthmaniyyah tumbang (pertama kali dalam sejarah umat Islam tak ada sistem khalifah). Liga Bangsa-Bangsa (belum ada PBB) disuruh menerima ‘Belfa Declaration‘ antara British dengan Yahudi. Pada 24 Julai 1922, declaration tu diterima dan bilangan Yahudi yang masuk Palestin semakin ramai. High commisioner British di Palestin adalah orang Yahudi. Tekanan seperti cukai tanah yang tinggi dikenakan kepada penduduk Palestin supaya mereka menjual tanah mereka. Pada waktu ini, Jihad Palestin mula ditubuhkan. Bermula tahun 1929, umat Islam di sana mula bertempur dengan pihak British. Fatwa haram menjual tanah kepada Yahudi dikeluarkan tahun 1935. Sepanjang tahun 1929-1939, banyak pertempuran berlaku tetapi gagal. British keluarkan kertas putih yang menyatakan kerajan Palestin akan ditubuhkan pada 10 tahun lagi (which is 1949), yang akan diperintah oleh Arab dan Yahudi.

Tahun 1944, cuma ada 75000 orang Yahudi di Palestin dan British berjanji bahawa tak akan ada lagi orang Yahudi yang akan masuk Palestin kecuali dengan izin orang Arab kat situ. Orang Arab pun sukala hati sebab kerajaan nanti mestilah akan dapat mereka kuasai.

Selepas WW2, tahun 1947, British membincangkan isu Palestin di PBB. Resolusi 181 PBB menyatakan yang PBB bercadang membahagikan Palestin kepada dua, 55% daripada kawasan diberi kepada Yahudi (yang cuma 33% daripada population) dan selebihnya kepada Arab. Walaupun ternyata pembahgian tak ikut logic, Yahudi masih tak puas hati dan inginkan lebih banyak penguasaan. Ikhwanul Muslimin mula masuk berperang di Palestin ketika ini. Pada 14 mei 1948, Israel diisytiharkan sebagai negara dan Arab diusir beramai ramai.

Fasa 3: 1949 - 1967

Yahudi meluaskan penguasaan, berjaya menguasai seluruh Palestin, semenanjung sinai dan Golan. Mereka merancang nak menubuhkan Israel Kubra (The Great Israel) yang meliputi kawasan ni termasuk Iraq dan Madinah kerana mereka pernah menetap di sana. Yaser Arafat menubuhkan Al-Fatah, satu gerakan revolusi untuk menentang Yahudi pada tahun 1957. PLO ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggap mewakili orang Palestin.

Fasa 4: 1967 - 1987

PBB mengeluarkan resolusi 3236 pada tahun 1975 yang menyatakan hak orang Palestin menubuhkan negara di Palestin. Tahun 1967-1970, perang berlaku antara kawasan East Palestin dengan Israel, dan Israel kalah teruk. Perang tu dinamakan ‘Peperangan Karamah‘. Tahun 1987, PLO yang diketuai oleh Yaser Arafat menukar cara, daripada arm struggle kepada negotiation.

Camp David (yang selalu kita dengar tu) adalah perjanjian antara Mesir dan Israel pada tahun 1978. Israel bersetuju withdraw dari Palestin, dengan syarat Israel diiktiraf. Waktu tu, semangat orang arab JATUH teruk.

Tahun 1987, HAMAS ditubuhkan (sekarang, HAMAS berada dalam list terrorism). Hamas ditakuti oleh orang Yahudi kerana penyertaannya adalah dari golongan pelajar dan profesional.

Fasa 5: 1987 - 2000

Perang Teluk menyebabkan bantuan negara-negara Arab kepada pejuang di Palestin dihentikan. Maka perjuangan di Palestin tak ada support dari segi kewangan terutamanya.

Tahun 1993, ada perjanjian damai OSLO di mana PLO (Yaser Arafat) diberi peluang memerintah Gaza dan Jericho. Adakah ni petanda yang bagus? Bagi orang Yahudi, mereka tidak memerlukan tempat tersebut kerana bagi mereka, tempat-tempat tersebut adalah celaka. Arafat pula cuma mentadbir lima perkara iaitu kesihatan, pendidikan, specail affair (perkahwinan dsb), cukai dan pelancongan. Urusan lain diuruskan oleh Israel. Kerajaan Arafat tak boleh ada senjata kecuali polis supaya dapat perangi keganasan. HAMAS jadi serba salah sebab nak serang Israel, tapi takut berlawan dengan orang Islam sendiri.

Sebagai perumpamaan, kita ada sebuah rumah yang cantik. Lepas tu orang datang, masuk rumah kita dan usir kita keluar. Lepas tu buat perjanjian dengan kita, OK, kita boleh duduk tapi kat kawasan sampah jer. Dan kalau ada orang nak ceroboh rumah, kita kena tangkap orang tu.

Pada 18 Mei 1994, Palestenian Authority (bukan government) ditubuhkan. Kerajaan baru ni diiktiraf oleh certain countries tapi tak diiktiraf oleh negara-negara seperti US, UK. Semasa pentadbiran Clinton dulu, empat kementerian diketuai oleh Yahudi. Antaranya Finance, Luar Negara (Albright), Defence. Daripada 11 orang Senat, tujuh orang adalah Yahudi. Director of CIA sekarang adalah Yahudi.

Fasa 6: 2000 - sekarang

Pada 28/9/2000, Sharon bercadang untuk menziarahi Al-Aqsa. Maka berlakulah Intifadah yang kedua. Ini membawa sinar baru dalam perjuangan menentang yahudi. Dulu, penentangan adalah atas dasar semangat kebangsaan Arab, sekarang atas nama agama. Kalau dulu 25 orang Yahudi mati, barulah seorang Palestin meninggal. Sekarang, tiga orang Palestin sama dengan seorang Yahudi.

Hanya yang tinggal...


Jika masih terleka... tak lama lagi... Israel Raya (Israel Kubra)

Benarkah Palestin Tanah Asal Yahudi?

Terima kasih kepada Ustaz Amin atas info yang dikongsikan di blog beliau.

25 April 09, jam 11.30 pagi, saya betul-betul berada di hadapan makam Nabi Ibrahim di Masjid Khalil al-Rahman di Hebron, memerhati tempat semadi bapa para Nabi dan Rasul. Gelaran itu kerana banyak para Nabi dari keturunan baginda. Bangsa Arab dan Bani Israel juga bersusur galurkan baginda.

Hari ini kita akan berbincang mengenai sejarah keturunan Bani Isreal. Benarkah kenyataan mereka yang mendakwa bahawa tanah Palestin ini adalah tanah mereka yang asal. Mari kita bincang sedikit asal usul keturunan mereka ini.

Kita mulakan dengan kisah hijrahnya Nabi Ibrahim a.s ke Hebron (Khalili) setelah peristiwa pembakaran baginda di Iraq. Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).

Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.

Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak. Nabi Ismail kemudiannya dibawa ke Mekah bersama ibunya. Dari keturunan Nabi Ismail lahirlah bangsa Arab.

Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya'kub. Nabi Ya'kub inilah bapa kepada Bani Israel.

Nabi Ya'kub berkahwain dengan Liqiyyah (Liyah) mendapat anak seramai 12 orang yang akhirnya dinisbahkan 12 suku Bani Israel. Salah seorangnya adalah Nabi Yusuf.

Ketika kecil Nabi Yusuf telah dibuang ke perigi, baginda telah diambil oleh pedagang dan dibawa ke Mesir. Secara ringkasnya, setelah dewasa, akhirnya Baginda Yusuf menjadi menteri dan membawa seluruh keluarganya ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir.

Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin.

Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan'an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.

Mereka duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.

Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.

Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Nabi Isa kemudiannya dibesarkan di Nazareth.

Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.

Sebagai kehinaan dari Allah, Rom akhirnya tidak mempercayai Herod Agripa dan pada tahun 70 masihi Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 masehi inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.

Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya di bumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu, nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab.


Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.

Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 masehi apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 masehi ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.

Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.

Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.

Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.

Walau apapun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.

Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.

Semoga Allah memberikan kita rezeki keimanan untuk terus menjadi hamba Allah yang baik. Semoga selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Makam Nabi Ibrahim yang berada di Masjid Khalil al-Rahman di Hebron, 60 km dari Jerusalem


Makam Nabi Yaakub dan isterinya Liqiyyah (Liyah) di sebelah makam Nabi Ibrahim. Sekarang orang Islam tidak dibenarkan melawat makam ini lagi. Hanya untuk orang Yahudi. Dalam setahun hanya sepuluh hari sahaja mereka membuka untuk lawatan orang Islam. Nabi Yaakub inilah yang dianggap bapa Bani Israel.


Makam Siti Sarah yang berada sebelah dengan makam Nabi Ibrahim


Di kanan adalah makam Nabi Ishak dan kiri adalah makam isterinya Rifqah (Rebecca). Ia juga berada di dalam masjid lima meter dari makam Nabi Ibrahim.


Walling Wall. Orang Yahudi mendakwa, inilah dinding istana Nabi Sulaiman. Istana Nabi Sulaiaman dua kali telah dihancurkan, pertama oleh Nabucatnizar dan kedua oleh tentera Rom di bawah arahan Titos pada tahun 70 m. Mereka sedang berusaha membangunkan untuk kali ketiga istana Nabi Sulaiman ini.


Pintu masuk ke makam Nabi Daud di Jerusalem, raja pertama Bani Israel.


Untuk masuk ke sini, orang Yahudi mensyaratkan mesti memakai penutup kepala.


Disediakan kopiah kertas untuk pengunjung sebagai tanda menghormati Nabi Daud.


Makam Nabi Daud a.s. Ia dipisahkan dengan dinding. Orang lelaki dan orang perempuan tidak dibenarkan bercampur. Nabi Daud dikurniakan dengan suaranya baginda yang merdu. Bagi orang Yahudi, Nabi Daud adalah ahli muzik. Lambang di makamnya ialah lambang gitar Nabi Daud.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
15 Mei 09 jam 2.30 petang

Sumber: Blog Ustaz Amin

Info Hamas



Info below was extracted from Why does Hamas fire rockets into Israel?

Why does Hamas fire rockets into Israel?

I thought I would share some of my thoughts and for those who really can’t understand what is going on I have written a simple analogy to make them get an idea of the reality of what is happening in Gaza.

Imagine there that were gangsters surrounding your house who didn't allow you and your children to freely leave or enter your house and as a result your children and family suffered in every way causing death and illness. In other words you were being held hostage in your own house living a life of misery and fear with many dying a slow death. You witness with your own eyes your elderly parents and relatives die due to lack of necessary medication not reaching them because of this terrorising hostage situation. You witness the pain and suffering of loved ones and feel so helpless.

As a result of this dire situation you reach breaking point and a couple of you decide to face and attack the gangsters out of sheer frustration by throwing twigs at them, hardly causing them any harm. Now in retaliation to that twig throwing these gangsters come into your house with guns and bulldozers to find torture, burn and kill the twig throwers, but along with the two twig throwers punish and slaughter 10 innocent women and children and critically injure 20 others.

When the gangsters are interviewed by the pro-state terrorism TV such as BBC, Sky News and CNN and asked to justify their actions, the gangsters cite the reason as " they throw twigs at us which hurt us so we had no choice". Everybody then says these gangsters are defending themselves from these twig throwers. But nobody goes a step back and asks why they throw the twigs in the first place? The real reason why they throw the twigs in the first place is that they are sick of living like hostages in their homes with a lack of basic living requirements that the rest of us all take for granted.

For those of you who couldn’t work out who is who in the above analogy see the following:

Gangster = Israel (A Mighty Monster supported by another Mighty Monster i.e America)

Twigs = Rockets. Israel is a terrorist state and the rockets have only killed a handful of Israeli citizens/army reservists (hardly going into double digits) compared to 100s of Palestinians dying from Israeli bombs and thousands dying due to their blockages and sanctions on Gaza.

Fact 1: If Israel gave freedom to the Palestinians then they would not fire rockets at them.

Fact 2: If Israel stopped occupying Palestinian land and went back to the 1967 borders, Hamas is willing to recognise Israel and put down arms.

Fact 3: Israel broke the peace treaty in November when they tried to attack Hamas in Gaza and killed 25 Palestinians, so why should Hamas renew a peace treaty that Israel doesn't honour anyway. It's a big lie that Hamas broke the peace treaty!

Fact 4: Contrary to the so called peace treaty, Israel continued to block the Gaza strip and made the Palestinians suffer and live miserable lives, once again breaking another fundamental of the peace treaty.

Fact 5: One way you can stop rocket fire by Hamas would be if America supplied the Palestinians with billions of dollars worth of money and weapons like they do with Israel per year, then maybe they could also bomb Israeli military targets with F-16 bombers rather than using amateur rockets. Obviously this is something that they would never do.

Fact 6: People fail to realise that Israel is the most marshal country in the world where every adult is required to serve in the army. So apart from the children and elderly are there any innocent civilians in Israel as all are part of the army? So if the rockets are fired one can argue that the whole of the adult population is a target as they are reservists for the army and any children or elderly killed are collateral damage just like the thousands of innocent killed in Gaza, Iraq and Afghanistan.

Fact 7: Israel during the so called peace treaty with Hamas did not stop the blockade of Gaza. The blockade and sanctions have killed more Palestinians than the bombs in the last week.

Fact 8: Israel killed 30 times more Palestinians in 5 minutes of bombs than Hamas rocket fire had done in 6 years!!! They call it a proportionate response, how absurd!

Israeli Zionists really need to understand that they are only winning the short term war and there is no long term future for them by creating so much damn hatred for themselves in the world. There is a saying in slang english “ever dog has its day” and today its Israel’s day but not for long God willing. I don't think they understand how much the Zionists are hated for what they have done to the Palestinians. One and a half billion Muslims and many millions of non Muslims hate the Zionists. Some people who are unable to differentiate between Zionists and Jews unfortunately just hate all Jews! I mean 25% of the world population hates the Zionists. That's 1 in 4 people. The Zionists are winning the short term war but are losing the long term war! They’re winning the ground war but losing the war of hearts and minds.

Hitler sent the Jews into the fire in the ovens, but now the Zionists are sending the fire from the sky, sea and ground onto Gaza making it into one big oven! Gaza is one big concentration camp!

Thanks to Brother Tanveer for the info.

Tuesday, June 23, 2009

Palestin... ingin sekental jiwa mereka



Ibu miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Seorang perempuan dan seekor lembu
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua makhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ. Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. “Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Membida dan bersedekah
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil bersedekah. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Pengorbanan murni dan ganjaran berganda
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. “Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu. Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

* Sesungguhnya ibu tua ini idolaku...