Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Istimewanya wanita...

Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM,

lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
7. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


makanya mereka nggak capek-capeknya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM". Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Sumber : http://m.cybermq.com

Tuesday, January 26, 2010

Mangsa fesyen


Muslimah memang tak guna!

Untuk berubah ke arah yang baik tentu ada cabarannya tapi InsyaAllah akan diusahakan...

Antara tanda-tanda Kiamat

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Friday, July 24, 2009

Impikan si dia...

Tanyalah mana-mana lelaki atau wanita mengenai jodoh bagaimana yang mereka impikan. Kebanyakannya akan berkata rupa paras bukanlah kriteria utama asalkan sedap mata memandang.

Bagi lelaki, yang pentingnya wanita itu bijak menguruskan rumahtangga, pandai menjaga diri dan menghormati dirinya sebagai suami.

Bagi wanita pula, yang pentingnya lelaki itu seikhlas hati menyayangi dan melindungi dirinya serta beriman agar dapat membimbing diri serta anak-anak yang bakal dilahirkan nanti.

Tapi… bagaimanalah mungkin agaknya ya... ingin mendapat jodoh seperti yang diimpikan jika pembawakan diri tidak pula cenderung ke arah yang sama?

Si lelaki, impikan wanita yang pandai menjaga diri sedangkan diri sendiripun tidak dapat mengawal akal dan nafsu?

Si wanita, impikan lelaki yang beriman sedangkan dirinya tidak pula berusaha ke arah menjadi wanita solehah?

Bukankah Allah telah memberikan pedoman dan peringatan...
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik." (Surah An-Nur: ayat 26) [...]

Belum pernah atau jarang benar dia mendengar pasangan suami isteri yang sepakat menetapkan matlamat utama perkahwinan mereka demi mendapat redha Allah semata-mata yang BERSANDARKAN PANDUAN AL-QURAN dan SUNNAH SEPENUHNYA berdepan kegagalan di dalam perkahwinan mereka.

Mereka inilah yang akan dia jadikan idola dalam melayari kehidupan berkeluarga. Dia akui dia masih punya banyak kelemahan yang perlu diatasi... tapi dia bersyukur kerana suami juga sepakat untuk berubah. Cabaran dan dugaan tetap ada. Nak buat sesuatu yang baik... begitulah keadaannya... Syaitan kan tak pernah senang dengan itu semua!

Semoga hati-hati kami terus didorong dan diberikan kekuatan ke arah mencapai kebahagiaan hakiki dalam erti kata sebenar sebuah kehidupan. Sebuah kehidupan yang cemerlang dan diredhaiNya jua di dunia dan di akhirat. Amin...

Imam Nawawi pernah berkata...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Sumber: Lelaki Idaman Saya

Friday, July 17, 2009

Wanita jangan kembali hina



Dalam satu temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab Al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya - kebebasan, hak ekonomi, hak politik, hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab Al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, di mana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumahtangga Muslim yang sebenar.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


----------------------------------------------------------------------------------

Sudah cukup bahagia dengan kehidupan saya sebagai seorang wanita Muslim. Syukur Alhamdulillah...



Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapi maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....

Sumber: Untuk Seorang Wanita

Tuesday, June 30, 2009

Wirawati Berjubah





Polis wanita Iran.

And their President... hmm... he must be so sleepy...

Foto: Kipram

Tuesday, June 23, 2009

Muslimah memang tak guna!

1. Perempuan yang bergelar Muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya Ana Muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 Surah Ibrahim.

5. Perempuan Muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang di sekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 Surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah SWT tersebut dalam ayat 59 Surah al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 Surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita Muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadilah perempuan Islam & Muslimah yang B E R G U N A...

Sumber: www.iluvislam.com (diforward oleh: Afdhal87)

Monday, June 1, 2009

Jom naik motor!

Peringatan buat diriku... dan saudaraku juga...


Sekadar gambar perhiasan dunia.

KESALAHAN KESEMBILAN: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Sumber: Zaharuddin Net

Suara itu emas

Suara wanita itu emas... tersangatlah berharga. :)

KESALAHAN KESEPULUH: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Sumber: www.zaharuddin.net


Sekadar gambar perhiasan dunia.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT: "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah Al-Ahzab: 32)

Salah satu pengajaran dari Peristiwa Israk Mikraj. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

Singgah sebentar di sini

Friday, May 29, 2009

Trendy ke fesyen ni?

Satu hari Lady Gagas (bukan nama sebenar) bercadang membeli beberapa helai pakaian baru. Almaklumlah... duit gaji dah masuk akaun bank... Jalan punya jalan, naik pening Lady Gagas dibuatnya. "Macam-macam trend baju sekarang ni..." Bisik hati Lady Gagas lagi. Susah hatinya sebab dah tak tahu nak buat pilihan. "Mana satu pakaian yang nak dibeli ni? Terlalu banyak pilihan!"

"Nak pilih yang macam ni ke?"

Sekadar gambar perhiasan dunia.

"Atau yang ini ke...?"





Foto: Awek Tudung

"Ke yang ini...?"


Sambil membelek-belek begitu banyak pakaian di depan matanya... Lady Gagas terfikir lagi "Sesuai ke pakaian ni dengan I? Cantik ke orang tengok ni?"
"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)

Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun BANYAKNYA YANG BURUK ITU MENARIK HATIMU..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"...Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam". (Surah al-An’am: 162)

Cari dan terus mencari.

Tutup aurat ke urat?




Foto: Awek Tudung

"Eyy... punya suka I la nak pakai baju macam manapun! I yang bayar bukan you kannn... Alah... yang pakai tudungpun masih kena rogol... dan kena bunuh lagi... jerut dengan tudung pulak tu!"

Teringat saya pada ibu saudara saya yang seorang ini. Dalam diam saya amat mengaguminya. Saya amat mengagumi keteguhan hatinya dalam hal menjaga aurat dari dilihat bukan muhrim bukan saja dari pandangan orang luar malah di kalangan ahli keluarga sendiri yang bukan muhrim seperti adik-adik lelaki dan abang arwah suaminya. Dan saya berazam cuba mengikuti jejak langkahnya! Semoga dipermudahkan dan konsisten hendaknya.

Satu hari beliau menerima ujian Allah. Beliau kematian suami secara mengejut. Suaminya adik kepada bapa saya seorang pensyarah yang juga idola saya dalam perjuangan menimba ilmu satu ketika dulu tiba-tiba terjatuh di airport semasa pulang outstation dari Korea dan akhirnya meninggal dunia keesokan harinya pada umur 45 tahun. Sekali lagi saya kagum... betapa tenangnya ibu saudara saya ketika menerima ujian berat sebegitu.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Saya malu dengan diri saya sendiri... betapa saya sedikit mengikut perasaan ketika menerima berita kematian bapa saudara kesayangan saya ini sedangkan MATI itu sesuatu yang pasti!
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Sekali lagi Allah mendatangkan ujian yang bagi saya begitu berat pada ibu saudara saya.... Selang beberapa minggu selepas kematian suami beliau, satu pagi sebelum Subuh rumahnya dimasuki 3 orang perompak. Tidak puas dengan 'rezeki haram' yang mereka kaut dari seorang ibu tunggal dan 5 orang anak-anak yatim yang ketakutan, mereka mengugut pula nak 'mengapa-apakan' salah seorang anak gadis beliau jika tak menyerahkan segala barang berharga yang masih ada! Namun dalam kejahatan yang diorang buat masih ada secebis rasa ehsan dari hati salah seorang perompak tersebut. Kata ibu saudara saya, si perompak yang satu ni kelihatan asyik menahan dan menghalang rakan2 yang lain dari bertindak berlebihan...

Syukur ibu saudara dan sepupu-sepupu saya selamat dari diapa-apakan walaupun telah kehilangan wang ringgit dan kereta!

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan melindungi kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

Anda wanita bijak'sana'?

Pencarian wanita bijak'sana' telah bermula! Adakah anda memiliki ciri-ciri seperti di bawah ini? Jika ya, tahniah di atas kebijak'sana'an anda!

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab: 32)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (bapa mertua), atau putera-putera mereka (anak lelaki), putera-putera suami mereka (anak tiri lelaki), atau saudara-saudara laki-laki mereka (adik-beradik lelaki), putera-putera saudara laki-laki mereka (anak saudara lelaki), atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (gelang kaki).(Surah An-Nur: 30-31)

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (Hadis riwayat Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Thursday, May 28, 2009

Aduhai isteri

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik isteri ialah yang menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya”. (Riwayat Ahmad dan Nasai)