Friday, May 29, 2009

Tutup aurat ke urat?




Foto: Awek Tudung

"Eyy... punya suka I la nak pakai baju macam manapun! I yang bayar bukan you kannn... Alah... yang pakai tudungpun masih kena rogol... dan kena bunuh lagi... jerut dengan tudung pulak tu!"

Teringat saya pada ibu saudara saya yang seorang ini. Dalam diam saya amat mengaguminya. Saya amat mengagumi keteguhan hatinya dalam hal menjaga aurat dari dilihat bukan muhrim bukan saja dari pandangan orang luar malah di kalangan ahli keluarga sendiri yang bukan muhrim seperti adik-adik lelaki dan abang arwah suaminya. Dan saya berazam cuba mengikuti jejak langkahnya! Semoga dipermudahkan dan konsisten hendaknya.

Satu hari beliau menerima ujian Allah. Beliau kematian suami secara mengejut. Suaminya adik kepada bapa saya seorang pensyarah yang juga idola saya dalam perjuangan menimba ilmu satu ketika dulu tiba-tiba terjatuh di airport semasa pulang outstation dari Korea dan akhirnya meninggal dunia keesokan harinya pada umur 45 tahun. Sekali lagi saya kagum... betapa tenangnya ibu saudara saya ketika menerima ujian berat sebegitu.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Saya malu dengan diri saya sendiri... betapa saya sedikit mengikut perasaan ketika menerima berita kematian bapa saudara kesayangan saya ini sedangkan MATI itu sesuatu yang pasti!
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Sekali lagi Allah mendatangkan ujian yang bagi saya begitu berat pada ibu saudara saya.... Selang beberapa minggu selepas kematian suami beliau, satu pagi sebelum Subuh rumahnya dimasuki 3 orang perompak. Tidak puas dengan 'rezeki haram' yang mereka kaut dari seorang ibu tunggal dan 5 orang anak-anak yatim yang ketakutan, mereka mengugut pula nak 'mengapa-apakan' salah seorang anak gadis beliau jika tak menyerahkan segala barang berharga yang masih ada! Namun dalam kejahatan yang diorang buat masih ada secebis rasa ehsan dari hati salah seorang perompak tersebut. Kata ibu saudara saya, si perompak yang satu ni kelihatan asyik menahan dan menghalang rakan2 yang lain dari bertindak berlebihan...

Syukur ibu saudara dan sepupu-sepupu saya selamat dari diapa-apakan walaupun telah kehilangan wang ringgit dan kereta!

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan melindungi kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

No comments: