Sabda Rasulullah SAW, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya.”
Sunday, July 19, 2009
The Messenger 1976
Alhamdulillah... dalam banyak2 CD yang dibelek2 hubby di kedai CD, hubby berasa terpanggil untuk membeli CD filem bertajuk 'The Messenger' lakonan Anthony Quinn yang dibintanginya pada tahun 1976!
Saya pernah menonton filem ini semasa menuntut ilmu di bumi UK dahulu. Dan saya gembira hubby juga berminat untuk menontonnya walaupun betapa banyak lagi filem2 terbaru yang sedang hangat di pasaran ketika ini yang tersusun menarik dan tertarik di rak-rak CD. Alih-alih filem tahun 1976 ini juga yang dipilihnya. Alhamdulillah... moga lebih sehaluan lagi matlamat hidup kami berdua selepas ini.
Bolehlah dikatakan filem ini merupakan salah satu 'spark' yang mendorong kepada perubahan diri saya ketika ini. Jika dulu Islamnya saya hanyalah bersandarkan pada Islam warisan (dilahirkan sebagai Islam) tapi kini saya bersyukur kerana Islamnya saya ini adalah kerana saya betul2 ingin memilihnya.
Jika dulu saya rasa kehidupan saya ok saja tapi kini saya lebih bersyukur kerana hidup saya kini lebih jelas hala tujunya dan saya semakin tenang mengharungi kehidupan sehari-hari. Syukur... syukur... syukur... Terima kasih Allah...
Salam Israk Mikraj untuk semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment