I HAVE A DREAM!
Bagaimana ya nak mencapai impian yang amat tinggi menggunung ni? Hajat di hati, teringin benar nak...
* Memiliki rumah yang cantik dan selesa.
* Diri yang sihat, cantik dan menarik.
* Keluarga yang bahagia dan saling menyayangi.
* Anak yang cemerlang.
* Melancong keluar negara.
* Memiliki bisnes sendiri.
Alahai... banyaknya impian... Fulusnya...? Tapi kata orang, wang boleh dicari... kalau ada disiplin diri dalam pengurusan wang mesti boleh saja tercapai impian... Tapi dia terfikir untuk tujuan apa itu semua akhirnya? Semua yang diimpikan ni memanglah kebanyakannya duniawi dan materialistik semata-mata tapi dia harap dia tak lari dari TUJUAN SEBENAR kenapa dia ingin memiliki semua tu.
Rumah... menjadi tempat berteduh dari panas dan hujan, didiami dengan jiwa yang tenang dan bahagia bersama suami dan anak-anak, dapat beramal ibadah dengan sebaik mungkin dan mendidik serta mendorong anak-anak agar menjadi seorang yang cemerlang bukan setakat di dunia saja malah hendaknya sampai ke akhirat.
Keluarga yang bahagia dan saling menyayangi... definisi 'bahagia' dan 'saling menyayangi' ni agak mengelirukan dia sebenarnya. Adakah jika suami isteri juga anak-anak yang tak pernah bertengkar antara satu sama lain sudah layak dikatakan bahagia? Apakah dengan apresiasi seperti hadiah hari lahir, hadiah melancong atau berbulan madu atau menyambut ulangtahun perkahwinan di luar negara sudah cukup untuk dikatakan bahagia? Adakah dengan melayan dan mencukupkan keperluan anak-anak tentang pakaiannya, makan minumnya, pendidikannya sudah dikira sayang? Setakat itu sajakah? Ini baru ekspresi kasih sayang di dunia saja. Tapi setelah mati bagaimana? Bagaimana pula bukti kasih sayang setelah salah seorang dijemput ke alam barzakh...?
Sihat, cantik, menarik... demi kesejahteraan diri... dapat beramal ibadah sebaik mungkin, dapat mengurus keluarga dengan yakin dan ceria, dapat zuriat yang sihat keperluan jasmani dan rohaninya.
Mengembara... kata orang jauh perjalanan luas pengalaman, ingin melihat lain-lain tanda kekuasaanNya, menghargai apa yang ada di tanahair sendiri, mengambil teladan dan iktibar dari tempat orang... sebagaimana saranan Allah s.w.t, “Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam : 11) dan “Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml : 69)
Nak ada bisnes sendiri... asalnya lebih kerana minat tapi harapnya dapat dipanjangkan niat untuk membantu mereka yang memerlukan lebih2 lagi melalui pemberian zakat perniagaan...
Wah! Besarnya impian...! Tapi... rasanya tidak salah menyimpan impian kerana selama inipun dengan adanya impianlah, hidup dia sentiasa bersemangat untuk berusaha dan terus berusaha mencapainya... Tak dapat digambarkan betapa puasnya diri apabila segala impian dapat dicapai... sekadar bercakap dari pengalaman sendiri...
Tapi dia perlu sentiasa beringat... semua impian ini biarlah diniatkan demi keranaNya juga kerana tanpa nafas yang diberikanNya ini... mustahillah akan tercapai segala impian itu.
Lagipun bimbang juga jika tujuan tidak kena pada tempatnya... Bukan sedikit-sedikit cerita tentang mereka yang kaya raya tapi jiwa amat kosong dan keluarga pula sering porak peranda... dan bukannya tidak ada cakap-cakap seperti...
"Hairan ya, wang banyak... kaya raya... isteripun cantik... tapi hidup tak bahagia juga... anak ke mana, isteri ke mana..."
"Hairan ya, biar rumah daif begitu tapi wajah mereka nampak tenang saja. Anak pula sangat cemerlang dalam pelajaran..."
Adik Nik Madihah bersama ibubapa di hadapan tempat berteduh mereka sekeluarga.
Foto: Ummu Hani
Wahai diri yang sering terleka dan terlupa bersyukur ini... betulkan niat... betulkan niat...
No comments:
Post a Comment