Friday, July 31, 2009

Tak ikutpun!

30 Jul baru2 ni ke KL kerana apa appointment dengan doktor. Naik komuter dari Serdang menuju ke Bank Negara. Tahun lepas saya ada menceritakan pengalaman berhimpit2 semasa menaiki, berada di dalam komuter dan keluar komuter. Tahun ini rupanya ada pembaharuan kerana lantainya telah dilukis dengan arah masuk keluar ke komuter... sedang saya sibuk2 nak masuk ke dalam garisan hijau seperti yang diarahkan... yang lain pula dah sibuk memotong saya dan berebut2 untuk menaiki komuter... bagi diorg "go to hell" with garisan hijau agaknya! Benarkah aku berada di Malaysia yang berada di planet bumi atau aku telah tersesat ke planet lain?

No comments: