Friday, July 3, 2009

Freemason, tak kenal maka tak sedar?

Terdapat dua pandangan berkenaan sejarah tertubuhnya gerakan secara halus ini yang dipelopori oleh golongan Yahudi. Menurut pengarang kitab Tabdid Azzolam, gerakan Freemasonary telah diasaskan secara rahsia pada tahun 43M hasil cetusan 2 Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi. Mereka merupakan penasihat kepada Raja Herod Akriba.

Manakala menurut satu lagi pandangan dari pengarang kitab Rahsia Gerakan Freemasonary & Kelab Rotary pula mengatakan bahawa ia telah bermula sejak 37M lagi. Pada awal penubuhannya adalah bertujuan demi menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (Nabi Isa a.s) dan juga untuk memelihara keselamatan bangsa Yahudi.



Gerakan yang dipelopori Yahudi ini bertujuan ingin mengambil semula tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa. Seterusnya akan melebar luaskan lagi penguasaannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi.



Pergerakan ini diasas bertujuan mengembangkan fahaman Yahudi dengan kaedah bergiat cergas dalam bidang politik, pendidikan, budaya dan sosial.

Bermula dengan gerakan inilah maka telah timbulnya pertubuhan-pertubuhan lain yang berbentuk kebajikan dan keamanan di seluruh dunia seperti Lions Club, Rotary Club, Illumanity dan juga Yoga Club dengan tujuan mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan ini. Bahkan fahaman sesat ajaran Bahaiyah juga dikatakan berasaskan dari gerakan ini.

Hasilnya, gerakan ini telah hampir menyusup masuk ke dalam seluruh fahaman, agama dan bangsa lain tanpa perlu menukar identiti mereka asalkan mereka taat setia kepada gerakan ini. Gerakan bawah tanah ini sangat cergas di dalam bidang ekonomi dan menggunakan cara memonopolinya serta menghalalkan riba di kalangan manusia.

Di dalam bidang sosial, mereka lebih mengutamakan tentang kemanusiaan dan kebajikan di mana mereka sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Antara strategi mereka memerangkap dan menarik golongan terpenting dalam masyarakat setempat menyertai gerakan ini adalah dengan sentiasa memberikan penghargaan kepada golongan berkenaan atas kecemerlangan individu-individu tersebut. Kebanyakan yang terjebak ke dalam pergerakan ini adalah dari kalangan orang-orang yang berkepentingan di dalam pertubuhan kerajaan dan sosial.

Pengertian Freemasonary

Mengikut Ensiklopedia Erti Dan Istilah Yahudi, Freemason diambil dari dua perkataan Inggeris iaitu free dan mason yang membawa maksud 'Jurubina Bebas', (free=bebas,mason=jurubina). Secara yang dapat difahami melalui 2 perkataan tersebut Freemasonary ini dapat digambarkan sebagai satu gerakan tulang belakang yang mengaturkan strategi serta serangan berbentuk saraf demi mencapai hasrat mereka.

Di dalam buku Tayyarat Wa Mazahib Fikriyyah Mu'asoroh hasil karangan Dr. Yahaya Mohd Rabi'e, beliau turut menyokong pengertian tersebut. Freemasonary di dalam bahasa Arab disebut sebagai Masuniyah, di dalam bahasa Urdu ia dipangil Masunik, France Masonerie di dalam bahasa Perancis dan Vrijmetselarij dalam bahasa belanda.

Hakikatnya, gerakan Freemasonary ini adalah organisasi gerakan Yahudi Antarabangsa yang bekerja siang dan malam demi menghancurkan kesejahteraan manusia sejagat, merosakkan kehidupan berpolitik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Mereka bertungkus lumus berusaha demi menjahanamkan bangsa dan pemerintahan bukan Yahudi yang mereka gelarkan sebagai Goyim.

Secara umumnya gerakan ini tertubuh dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan ajaran kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umumnya dan menentang Katholik khususnya. Namun ia kemudiannya mengalih perhatian kepada menghancurkan agama dan ajaran Islam.

Terima kasih kepada adik muhdsyafiq-alfateh87 di atas perkongsian ilmu. Akak tak larat nak taip semula la dik. Sama2 kita membantu... :)

Hmm... Kata orang tak kenal maka tak 'cinta' (baca: tak sedar). Silakan terus berkenalan...

Symbols of Illuminati




Freemasonry Pyramid Structure


Simbol Freemason


Lambang tangan Illuminati - penganut Kristian mempercayai bahawa ia merupakan satu lambang Syaitan! Apapun pendapat mereka... tak perlulah kita nak mengikut tak tentu pasal pulak... Tak ada disuruh dan diajarpun dalam Al-Quran... Kalau dulu gamaknya tak tahu... sekarang syukurlah dahpun tahu... :)


USD1 yang menyimpan mesej tersembunyi mengenai pertubuhan ini


Mata satu... beberapa pengkaji Muslim mengandaikan bahawa ia melambangkan mata sang Dajjal. Buku menarik untuk dibaca... "Dajjal akan muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda" (Muhammad Isa Dawud)





Filem Angels & Demons ni memang best! Tengok... jangan tak tengok... tapi pandai-pandailah menapis dan menganalisis ya... Jangan sampai jauh 'tersesat' pulak... :)



Saya merasakan paderi muda itu sebenarnya yang merancang segala agenda. Bangsa yang satu ini memang sangat terkenal dengan sifat licik mereka dan sering tidak tepati janji seperti yang diceritakan di dalam 'buku motivasi' (baca: Al-Quran) "Tips Hidup Berjaya" di dalam bab Al-Baqarah.

Sabda Rasulullah SAW, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya.”

No comments: