Tuesday, February 23, 2010

Perjuangan...

Lagu ni banyak memberi semangat pada satu ketika dulu, kini dan selama-lamanya. InsyaAllah ada ganjaran mereka yang berdakwah melalui lagu-lagu ni kerana ada kesannya kepada yang mendengar termasuk saya.



Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

UFO satu konspirasi?


Lingkaran awan ganjil di Mexico

LINGKARAN seperti kawah terbentuk di langit Mexico.

BANDAR RAYA MEXICO - Satu lingkaran awan ganjil yang dilihat seperti kawah muncul di langit Mexico sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

Menurut sebuah akhbar semalam, fenomena itu merupakan yang kedua dilihat selepas satu lingkaran awan ganjil ditemui di langit Moscow, Rusia pada Oktober tahun lalu.

Beberapa pihak percaya fenomena itu berlaku semasa objek terbang tidak dikenali (UFO) memasuki atau keluar dari atmosfera bumi.

Imej itu mirip adegan dalam filem Independence Day pada 1996.

*** Pada hemat saya...
Rasanya kebanyakan sudah sedia maklum bahawa media-media audio visual terkenal di Amerika Syarikat adalah dikuasai oleh ahli Freemason/Illuminati. Besar kemungkinan segala apa yang dipaparkan di filem-filem sebenarnya merupakan perancangan mereka dan mereka cuba menyampaikan mesej mereka kepada semua ahli-ahli di seluruh negara dalam bentuk audio visual yang ternyata lebih kuat pengaruhnya dan memotivasikan mereka untuk cuba merealisasikan agenda yang mereka ingin laksanakan untuk mencapai New World Order. Pernah juga terbaca bahawa UFO ini sengaja disensasikan sebagai kehadiran makhluk asing di dunia sedangkan ia merupakan projek rahsia mereka sendiri dalam usaha membina sistem pertahanan mereka yang canggih. Wallahua'lam... Ada juga terfikir mungkinkah dasar laut Segitiga Bermuda itu mempunyai pangkalan rahsia mereka untuk menjalankan segala penyelidikan mereka dalam membangunkan teknologi-teknologi tercanggih di dunia!? Boleh juga merujuk sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Langit di Segitiga Bermuda".

Lingkaran ganjil itu dirakamkan di Mexico pada 11 Februari lalu berdasarkan maklumat di laman web YouTube.

Satu mesej di laman itu menjelaskan ia merupakan imej mengagumkan dan mungkin sebuah UFO sedang memasuki atau meninggalkan bumi.

Ia dianggap sebagai misteri oleh pakar UFO, Nick Pope yang menghabiskan masa melakukan siasatan berhubung fenomena ganjil untuk Kementerian Pertahanan Britain.

"Fenomena itu ganjil. Ia sama seperti yang terdapat di Rusia. Satu kemungkinan ialah ia mungkin satu meteorit atau bola api bergerak melalui awan," katanya. - Agensi

Sumber: Kosmo, 23 Feb 2010.

Tuesday, February 2, 2010