Friday, May 29, 2009

Singgahlah Raudhatus Sakinah

Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial seperti mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Objektif
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup.
Membantu remaja membina semula keyakinan diri.
Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Jom singgah... moga dapat iktibar.

Kenapa aku diuji?

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)

Makhluk aneh menyerupai manusia!

Mayat bayi depan rumah
Oleh: Yusri Sahat (utusanpahang@utusan.com.my)



MAYAT bayi lelaki masih bertali pusat dijumpai di hadapan rumah sewa Mohd. Hafiz Ismail di Taman Balok Makmur, Kuantan, semalam.

KUANTAN 28 Mei – Kes pembuangan bayi masih terus berlaku meskipun pendedahan demi pendedahan disiarkan oleh media setiap hari.

Terbaru seorang pekerja kilang di sini terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah sewanya di Taman Balok Makmur di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online, 29 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.

Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.

Sumber: Kosmo, 18 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

Aduhai... mengapa ada makhluk sebegini yang wujud di muka bumi ini?! Entah apa penyakit kronik yang dialami makhluk ni agaknya???

Lagi bayi yang menjadi mangsa makhluk yang kejam itu... :(



Allah Maha Berkuasa... walau dimasukkan ke dalam beg plastik yang bertutup dan digenangi air... anak kecil tidak berdosa ini masih berupaya bernafas!

Rupanya makhluk ini wujud di merata-rata tempat di muka bumi ini. Jadi AWAS!

Dan lagi...


Sumber foto: Yanadzul

Dan lagi...


Sumber foto: Fazdli

"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-An’aam: Ayat 140)

“Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.” (Surah al-Isra : 32-33).

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya." (Surah An-Nisaa’: Ayat 93)

Mana satu idaman kalbu?

Saya tertarik dengan petikan komen dari satu blog ini mengenai pengertian Qada' dan Qadar.

Qada’ terdiri dari dua jenis.

Yang pertama, yang dikuasai oleh manusia seperti mencuri, berbohong dll kerana manusia bebas memilih (mahu yang baik atau buruk) dan perbuatan tersebut ada hisabnya.

Yang kedua, yang menguasai manusia seperti terlahir menjadi cowok, hidung pesek dll hal tersebut di luar pilihan manusia sehingga tidak dihisab.

Qadar adalah khasiat benda seperti khasiat terbakar pada api, tajam pada pisau, manusia bebas memilih mahu digunakan untuk apa khasiat-khasiat benda tersebut. Untuk keburukan atau kebaikan. Yang penting bagi kita adalah menjalani hidup dengan peraturan Allah.

Dalam hidup ini, manusia bebas memilih sunnatullah mana yang mahu dijalaninya.

Apakah dia mahu memilih berbohong atau jujur? Apakah mahu memilih jadi pandai atau bodoh? Semua adalah pilihan.

Oleh kerana itu, Allah mengutus Rasulullah dan menurunkan Al-Quran kepadanya agar manusia dapat memilih jalan hidup yang baik dan benar.

Pada hemat saya...

Analogi 1

Seekor ayam kelihatan seperti 'teruja' (betul ke word ni :) ) melihat seorang kanak-kanak menabur nasi di atas tanah di seberang jalan. Dengan selambanya si ayam terus melintas jalan dan tiba-tiba... Dush!!! Si ayam menggelupur kesakitan dan akhirnya mati di tempat kejadian (macam laporan rancangan 999 pulak bunyinya...).

Persoalannya kenapa terjadi begitu?

1. Kerana ayam tiada akal hanya ada otak tak seperti manusia yang ada kedua-duanya sekali iaitu otak dan akal. Ayam tak dapat menilai sama ada tindakannya itu akan memudaratkannya atau tidak. Bertuah sungguh manusia ada otak dan akal...

2. Ayam tu tak baca Buku Panduan Melintas Jalanraya - kena pandang kiri, pandang kanan dan pandang kiri lagi sebelum lintas.

3. Ayam tu tak sebertuah manusia... ada orang lain yang boleh memimpin tangannya... macam budak comel ni... Lagipun ayam tak ada tangan...



Kesimpulan... dalam melayari kehidupan bertindaklah sebagai seorang manusia yang berakal... kalau tak... samalah kita seperti si ayam!

Dan kalau ada orang sekeliling yang offer menghulurkan tangan untuk membimbing... diyakini pula baik dan jujur orangnya... tak sesuai pula nak tunjuk lagak... apa kata sambut saja hulur tangannya... kerana dia sekadar ingin membantu...

Legend:
Nasi = godaan dunia
Pilihan = tak menghampiri atau hampiri godaan dunia
Buku Panduan Melintas Jalan = Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram itu jelas, antara kedua-duanya ada yang syubhat, yang mana ramai orang tidak mengetahuinya (kejelasan hukumnya), sesiapa yang menjauhi syubhat, dia sesungguhnya terlepas (daripada dosa)……” (Muttafaq Alaih).

Analogi 2


Mamat teringin sangat nak pergi ke sebuah pulau ni. Kata orang, pulau tu cantik sangat... tapi tak dapatlah nak compare dengan syurga... "O... Rupa-rupanya orang-orang ni tahu juga serba sedikit bagaimana rupa syurga." Fikir Mamat ketika itu.

Mamat terfikir bagaimana dia nak pergi ke tempat tu? Mana satu jalan yang nak dipilih??? Mamat perlukan petunjuk... kompas ke... buku panduan ke... peta ke... dan yang paling penting... Mamat tak nak la sesat-sesat semasa nak ke tempat tu... sebab tempoh pengembaraan Mamat singkat sahaja. Mamat bimbang dia tak cukup masa... Mamat kena cepat-cepat beli kompas, buku panduan dan peta.



Persoalannya... kompas, buku panduan dan peta mana yang patut dipilih oleh Mamat. Mamat dah nak pergi ke MPH ni. Kinokuniyapun OK jugak. Pustaka Mukmin... Kedai Buku Minerva... Mana-manalah... janji Mamat kena cepat!

Legend:
Pulau - kehidupan kekal abadi di negeri bernama Akhirat
Kompas / Buku panduan / Peta - Al-Quran dan Sunnah

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu berpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Layannn...



Musim penuhi rumah perlindungan!

Letih saya mencari satu artikel yang ada saya terbaca di akhbar tapi tak sempat menyimpannya. Saya tertarik pada satu fakta di mana setelah dikaji kadar kemasukan remaja yang mengandung di luar nikah ke rumah2 perlindungan meningkat selepas berlakunya sesuatu acara sambutan seperti Tahun Baru, Hari Merdeka dsbnya. Ehm...??? apakah iktibar dari fakta ini...?

Terjumpa satu petikan di blog ini...

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.

“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.

------------------------------------------------------------------------------

Satu pengakuan berani...

3. MuniraXXX - February 13, 2007
Tidak perlu kita menyalahkan sesiapa dalam isu terlanjur kerana jika tidak bertepuk sebelah tangan pasti ianya tidak akan terjadi insiden yang pada mulanya di ingini dan apabila ianya menjadi bencana lalu ianya menjadi insiden yang tidak di ingini.

Saya adalah merupakan salah seorang yang pernah mengahadapi peristiwa hitam ini di mana saya tidak boleh mengatakan bahawa saya tertipu dalam hal ini kerana saya juga yang telah mengundang peritiwa ini untuk berlaku.

Ketika baru berusia 16 tahun saya telah di dedahkan dengan banyak vedio-vedio ghairah yang sentiasa membuat saya sering terangsang dan ingin mencuba aksi-aksi yang di tayangkan di dalam vedio berkenaan. Al maklum sahaja kerana saya juga adalah manusia biasa yang tidak dingin dari perasaan keinginan menikmati apa yang saya lihat yang macam sedap saja.

Lalu pada satu malam yang saya katakan pada malam itu adalah satu malam yang seronok tetapi apabila saya fikirkan kembali ianya kini menjadi satu sejarah hitam bagi saya.

Seperti biasa seorang teman telah mempelawa saya ke rumah bujangnya , pada mula-mula kami berbual biaa sahaja, tetapi setelah dipujuk saya bersetuju untuk menonton vedio X bersamanya.

Dalam keghairahan menonton tiba-tiba saya dipeluk dan cium dan kerana pada masa itu saya sedang terlalu ghairah dan telah lama menyimpan perasaan untuk mencuba, akhirnya saya menyerahkan tubuh saya kepada teman saya tadi dan kahirnya berlakulah insiden yang meungkin di sengajakan secara tidak sengaja.

Kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga suatu hari saya mendapati diri saya hamil 4 bulan.

Dunia menjadi gelap dan saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan dan teman lelaki saya telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kota Raya.

Saya terumbang -ambing bagaikan mencari sesuatu untuk saya bergantung. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mencari teman lelaki saya di Kota Raya.

Nasib tidak menyebelahi saya ,apabila saya terpaksa mengadaikan diri saya pula untuk menampung kehidupan kerana saya tidak mempunyai kelulusan dan pekerjaan di Kota Raya berkenaan.

Sehinggalah seorang lelaki yang baik hati menawarkan diri untuk mebantu saya. Kerana tuhan masih sayangkan saya, Lelaki ini yang berkeluarga menarik saya keluar dari kancah maksiat ini sehinggalah saya melahirkan anak yang saya kandungi.

Rezeki anak, saya kini telah mendapat pekerjaan , walaupun tidakbesar gajinya dan tidak glamour sekurang-kurangnya saya punya sumber rezeki yang halal untuk membesarkan anak saya.

Kini usia saya telah menjangkau 26 tahun dan saya telah matang dalam kehidupan dan menjadikan pengalaman remaja yang tidak sengaja dalam sengaja sebagai satu tauladan.

Sumber: sinchan.wordpress.com

Berbaloikah pengorbanan?


Ehh... bau apakah itu...?

Saya sesungguhnya teramat kagum dengan pengorbanan tenaga dan wang ringgit yang mereka laburkan untuk ke tempat yang sesak seperti ini...



Dalam masa yang sama, saya membayangkan betapa ramai yang akan terkorban jika ditakdirkan bom buatan Israel meletup di sini... bukan kerana berjihad tetapi kerana sedang leka berhibur... Na'uzubillah...


27 Dis 2008, Majlis graduasi kadet polis di Gaza, Palestin.

Syahid kalian sememangnya menjadi dambaan diri ini namun diri ini masih sering terleka... Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik... Alangkah indahnya penghujung perjalanan kalian menemuiNya... cuma diri ini... entahlah bagaimana??? :(

Tragedi cinta

Cinta Berdarah
Oleh: Azahar Hashim (am@hmetro.com.my)

KULIM: Seorang gadis menemui ajal akibat ditikam bertubi-tubi sejurus mengungkapkan hasrat ingin memutuskan hubungan cinta dengan seorang duda yang dikenali sejak kecil kerana mahu bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, semalam.

Sumber: Harian Metro, 18 Mei 2009.




Sekadar gambar perhiasan.

Mungkinkah perkara ini akan berlaku sekiranya panduan ini menjadi ikutan...???

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (An-Nuur: 30-31)

"Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab." (Al-Ahzaab: 53)

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)



Firman ALLAH SWT, "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata- kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya." (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata; "Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (Al-Isra: 32)

Trendy ke fesyen ni?

Satu hari Lady Gagas (bukan nama sebenar) bercadang membeli beberapa helai pakaian baru. Almaklumlah... duit gaji dah masuk akaun bank... Jalan punya jalan, naik pening Lady Gagas dibuatnya. "Macam-macam trend baju sekarang ni..." Bisik hati Lady Gagas lagi. Susah hatinya sebab dah tak tahu nak buat pilihan. "Mana satu pakaian yang nak dibeli ni? Terlalu banyak pilihan!"

"Nak pilih yang macam ni ke?"

Sekadar gambar perhiasan dunia.

"Atau yang ini ke...?"





Foto: Awek Tudung

"Ke yang ini...?"


Sambil membelek-belek begitu banyak pakaian di depan matanya... Lady Gagas terfikir lagi "Sesuai ke pakaian ni dengan I? Cantik ke orang tengok ni?"
"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)

Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun BANYAKNYA YANG BURUK ITU MENARIK HATIMU..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"...Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam". (Surah al-An’am: 162)

Cari dan terus mencari.

Tutup aurat ke urat?




Foto: Awek Tudung

"Eyy... punya suka I la nak pakai baju macam manapun! I yang bayar bukan you kannn... Alah... yang pakai tudungpun masih kena rogol... dan kena bunuh lagi... jerut dengan tudung pulak tu!"

Teringat saya pada ibu saudara saya yang seorang ini. Dalam diam saya amat mengaguminya. Saya amat mengagumi keteguhan hatinya dalam hal menjaga aurat dari dilihat bukan muhrim bukan saja dari pandangan orang luar malah di kalangan ahli keluarga sendiri yang bukan muhrim seperti adik-adik lelaki dan abang arwah suaminya. Dan saya berazam cuba mengikuti jejak langkahnya! Semoga dipermudahkan dan konsisten hendaknya.

Satu hari beliau menerima ujian Allah. Beliau kematian suami secara mengejut. Suaminya adik kepada bapa saya seorang pensyarah yang juga idola saya dalam perjuangan menimba ilmu satu ketika dulu tiba-tiba terjatuh di airport semasa pulang outstation dari Korea dan akhirnya meninggal dunia keesokan harinya pada umur 45 tahun. Sekali lagi saya kagum... betapa tenangnya ibu saudara saya ketika menerima ujian berat sebegitu.
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Saya malu dengan diri saya sendiri... betapa saya sedikit mengikut perasaan ketika menerima berita kematian bapa saudara kesayangan saya ini sedangkan MATI itu sesuatu yang pasti!
“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Sekali lagi Allah mendatangkan ujian yang bagi saya begitu berat pada ibu saudara saya.... Selang beberapa minggu selepas kematian suami beliau, satu pagi sebelum Subuh rumahnya dimasuki 3 orang perompak. Tidak puas dengan 'rezeki haram' yang mereka kaut dari seorang ibu tunggal dan 5 orang anak-anak yatim yang ketakutan, mereka mengugut pula nak 'mengapa-apakan' salah seorang anak gadis beliau jika tak menyerahkan segala barang berharga yang masih ada! Namun dalam kejahatan yang diorang buat masih ada secebis rasa ehsan dari hati salah seorang perompak tersebut. Kata ibu saudara saya, si perompak yang satu ni kelihatan asyik menahan dan menghalang rakan2 yang lain dari bertindak berlebihan...

Syukur ibu saudara dan sepupu-sepupu saya selamat dari diapa-apakan walaupun telah kehilangan wang ringgit dan kereta!

Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan melindungi kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

Seteguh hati Ibu Khansa'

Ibu Khansa' yang teramat saya kagumi. Entah termampukah diri ini jika berada di tempatnya...?

Khansa' "Ibu kepada syuhada"

Beliau mempunyai empat orang anak lelaki yang kesemuanya mati syahid di medan peperangan. Sebelum anak-anaknya pergi bertempur, beliau mengucapkan kata-kata semangat kepada anak beliau:

"Wahai anak-anakku, tiada Tuhan melainkan Allah dan inilah kebenaran sebenar. Maka untuk kalimah itu kamu berperanglah sampai mati. Wahai anak-anakku, carilah maut nescaya kamu diberi kehidupan."

Akhirnya kempat-empat anaknya pergi keluar berjuang dan bertempur yang mana keempat-empatnya mendapat anugerah syahid dari Allah swt. Apabila berita kematian anaknya diberitahukan kepadanya, dia sedikitpun tidak mengeluarkan airmata malah berkata:

"Alhamdulillah, Allah telah memuliakan aku dengan syahidnya putra-putraku. Semoga Allah segera memanggilku dan mempertemukan aku dengan putra-putraku yang berada dalam naungan rahmat Allah yang kukuh iaitu syurgaNya."

Alangkah indahnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu bernama Khansa'...

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Anda wanita bijak'sana'?

Pencarian wanita bijak'sana' telah bermula! Adakah anda memiliki ciri-ciri seperti di bawah ini? Jika ya, tahniah di atas kebijak'sana'an anda!

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab: 32)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (bapa mertua), atau putera-putera mereka (anak lelaki), putera-putera suami mereka (anak tiri lelaki), atau saudara-saudara laki-laki mereka (adik-beradik lelaki), putera-putera saudara laki-laki mereka (anak saudara lelaki), atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (gelang kaki).(Surah An-Nur: 30-31)

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (Hadis riwayat Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Thursday, May 28, 2009

Panduan kembara

Tips #1
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah, dan sebuah kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izinNya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah: 15-16)

Tips #2
Sabda Nabi Muhammad SAW sebelum kewafatan baginda:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulnya.”

Tips #3
"Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus". (Surah Al-Zahraf: 43)

"... sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Surah Taha: 123-124)

Aduhai isteri

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik isteri ialah yang menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya”. (Riwayat Ahmad dan Nasai)

Kenapa perlu ilmu?

"Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Az-Zumar: 9)

Pemimpin teladan

Petikan kata-kata Khalifah Abu Bakar as-Siddiq...

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik, kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah"

"Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepadaku."

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah". (Surah Al-Ahzab: 21)

"... dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang-orang beriman." (Surah As Syura: 125)

"... dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memaafkan kesalahan-kesalahan manusia, dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf." (Surah Ali Imran: 134)


Sabda Rasulullah SAW, "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan apa yang dipimpinnya". (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari mana nak ke mana?

Kronologi Sebuah Pengembaraan!

Bagaimana asal kejadian manusia?

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yaasin: Ayat 77)

Selingan fakta sains yang amat menarik!



The testicle lies inside the scrotum and produces as many as 12 trillion sperm in a male's lifetime, about 400 million of which are ejaculated in one average intercourse. Each sperm takes about seventy-two days to mature and its maturity is overseen by a complex interaction of hormones.

Sumber: Innerbody

Komen saya...
Wah! 400 million! Bayangkan dalam 400 million tu, kita pulak yang satu-satunya ni terpilih untuk membesar di dalam rahim ibu tercinta dan seterusnya dilahirkan ke dunia dan menjadi seperti diri kita sekarang ni!

Teringat kata2 seorang penceramah motivasi ketika di alam pelajar dulu, kita yang wujud ini seorang pejuang yang hebat kerana berjaya bersaing dengan pesaing2 (sperma) yang lain. Tapi akhirnya kita seringkali tewas ketika di dunia....

Soalan kedua yang bermain di minda...

Apa pulak tanggungjawab kita setelah dilahirkan ke dunia ini?

"Sesungguhnya Aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." (Surah Al-Baqarah: 30)

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”(Surah az-Zariyat: 56-57)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sesaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.(Surah Al-Mukminun: 115-116)

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: 61)

Lagi persoalan yang bermain-main di minda...

Apakah perkara yang pastinya lambat-laun dihadapi oleh setiap manusia?

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Yup! Mati! Mana ada manusia yang tak mati-mati bukan? Manusia yang paling lama hiduppun setakat 122 tahun je setakat ni.

Lagi fakta menarik!

Foto: Jeanne Calment.

The longest unambiguously documented lifespan is that of Jeanne Calment of France (1875–1997), who died aged 122 years and 164 days.

Sumber: Wikipedia

Soalan terakhir yang bermain di minda saya sekarang ini...

Apakah persediaan kita untuk menuju ke destinasi akhir pengembaraan ini?

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam."

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isteri (untukmu), dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak (ramai)! Dan bertaqwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain! Dan (peliharalah) hubungan silaturrahim! Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa': 1).

Cakap tak serupa bikin

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". (As-Shaf: 2-3)

Neraca hidup



Sumber foto: Adik Maisarah

Sekadar mengambil iktibar dari pemerhatian...

Sukarnya melangkah menuju destinasi kiranya berat kedua-dua bahagian itu tidak diimbangi... berat amalan dunia dan amalan untuk dibawa ke akhirat... Hmmm...

Tips hidup sukses!

Erti sukses bagi yang bijak'sana'

"Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya'ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Mu’minuun:10-11)

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harat samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama".


Sumber: rumusbb.multiply.com/journal/item/7

“(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara solatnya.” (Surah Al-Mu’minun: 2-9)

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Tips #1
"Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa juga yang Rasul menegah kamu hendaklah kamu menjauhinya..." (Surah Al-Hasyr: 7)

Tips #2
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran." (Surah al-Ashr: 2-3)

Tips #3
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan". (Surah al-Nahl: 97)

Laskar Pelangi



"Kepimpinan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat"












Mari menyusun seroja...


"Kita semua harus punya cita-cita!"




Tuesday, May 26, 2009

Hanya 1 destinasi

Aduh... siapalah tak teringin melawati tempat-tempat cantik seperti yang ditunjukkan di saluran Travel and Living di TV Astro. Siri "1,000 Places to See Before You Die" ini sebenarnya merupakan sebuah buku berkisar pengembaraan penulis buku itu sendiri yang bernama Patricia Schultz.

Sambil menonton hati mula tertanya2... OK jika 1000 tempat itu merupakan satu kemestian destinasi untuk dilawati sebelum kita mati... bagaimana pula dengan destinasi yang patut dituju selepas kita mati... Hmmm... rasanya tiada banyak pilihan melainkan hanya 2! Soalan trivia... apakah 2 destinasi itu? Mungkin tajuk buku yang boleh diterbitkan selepas ini adalah "Only 1 Final Destination to Choose After You Die". Agak-agak boleh jadi bestseller tak? :)