Tuesday, June 30, 2009

Wirawati Berjubah





Polis wanita Iran.

And their President... hmm... he must be so sleepy...

Foto: Kipram

Lu fikirlah sendiri!

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil
Utusan, 19 April 2009


Sekadar gambar perhiasan dunia.

Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

*** alahai... Nabil... Nabil... ***
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Dari Aishah berkata; "Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat." (Hadis Riwayat Bukhari)

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

*** Umpama anak yang melawan cakap ibunya. Ini lagi kes berat. Hamba melawan larangan Pencipta dirinya. ***
“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Surah Al-Isra’:32)

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

*** errr... kalau bukan dalam siaran langsung kira ok la ye Nabil... ***

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

---------------------------------------------------------------
Pada hemat dia...
Bagi mereka yang sangat fanatik menjadikan 'artis itu' sebagai idola mereka nampaknya kenalah fahamkan betul-betul apakah maksudnya "Lu fikirlah sendiri!" tu. :|

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta ia sentiasa menyebut dan mengingati Allah.” (Surah al-Ahzaab: 21)

Friday, June 26, 2009

Mmbekkk... Nguakkk!!!

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”


Sumber: Kosmo, 19 Mei 2009.



Maka inilah rupanya! Aduh... kacau-bilaunya jiwa-jiwa itu!!! Adakah ini maksud sebenarnya pepatah itu?

Melihat gelagat manusia di tanahair lantas mengingatkan dia pada pengalamannya ketika merantau menuntut ilmu di bumi UK satu ketika dulu. Sudah hampir 11 tahun berlalu namun ingatan itu masih segar. Ya memang benar... pemandangan di negara itu sesungguhnya amat indah namun ada sesuatu yang LEBIH BERHARGA sepanjang kembara ilmunya di sana. Bumi yang majoritinya bukan islam itulah yang membuatkan dia lebih mengenali siapa dirinya yang sebenar dan di sana jugalah dia mengerti dengan lebih jelas ke mana sepatutnya nak dihalakan arah tujuan hidup yang SEBENAR-BENARNYA...
"...Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”. (Surah al-An’am: 162)

Alangkah kalau diapun BERPRINSIP LALANG seperti mereka itu... entah apalah transformasi yang akan berlaku pada dirinya. Al-maklum... jauh dari CCTV keluarga... Kalau tak jadi kambing... jadi kerbaulah agaknya! :|


Foto madeis


Foto nikillas


Sekadar gambar perhiasan dunia.


Masuk kandang kambing mengembekkkk!!!

Demimu anak...

"Allah! Begini rupanya rasa sakit emak melahirkan aku ke dunia...! Ampun mak..." Rintih hati dia ketika menahan kesakitan menunggu tibanya masa yang betul-betul sesuai untuk melahirkan anak pertama yang amat dinanti-nantikan selama itu. Mulut tak henti-henti mengucap dan membaca doa ketika sakit hendak bersalin yang telah dihafalnya dari sebuah buku hadiah dari seorang teman. Dalam keadaan genting seperti itu, hampir juga dia terlupa ayat-ayat dari doa itu. Suami yang menemani tidak mampu berkata apa-apa nampaknya.

Teringat bagaimana dia cuba memfokuskan dirinya seolah-olah berada di dalam keadaan sedang berjihad di medan perang ketika itu. Dia membayangkan dirinya dengan penuh nekad menunggang kuda dengan pedang di tangan serta mara ke arah musuh! Sungguh! Itulah sumber kekuatan dia ketika menanggung kesakitan yang tak terungkap dengan kata-kata.
”Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t”

Namun, hati tetap redha apabila mengenangkan bahawa sakit yang ditanggung itu penghapus dosa... dosa insan yang kerap terleka dan sering membuat dosa ini.
”Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.”



Dan kini... melihat wajah anak-anak yang sedang membesar di depan mata... dia rasa amat bersyukur dan bangga kerana melahirkan mereka... Merekalah permata hati... Perjuangan dia tidak terhenti setakat itu saja. Dia perlu teruskan perjuangan untuk pastikan mereka berjaya di dunia dan tentunya di akhirat juga...

Thursday, June 25, 2009

Miss...



Really miss those valuable... meaningful moments... :|



Verily my heart loves You
Verily this soul misses You
But I don't understand
Why Your love is still not present
But I don't understand
Why my longing has not blossom

Verily even if I pick
All the diamonds in the seabed
Verily even if I pour
With rain water from Your seven skies
Love will not be present
My longing will not blossom
I try to present
A gift for You
However maybe its content
Is not as fresh as the Fountain of Kauthar

Verily even if I pick
All the diamonds in the seabed
Verily even if I pour
With rain water from Your seven skies
Love will not be present
My longing will not blossom
If I don't seek Your grace
If I don't seek help
From You, Almighty Allah

(Part3)
(Repeat Chorus)

And I hope for nothing, except your Rahmah (Blessings) and sympathy
For you, Ya Allah!

Oh God, present me with the love for you.
Oh God, grant me with all yearnings for you.

So I shall know my gratitude lies only for you.

* Translated by someone at YouTube.

Gunung berapi

DUNIA

Angkasawan rakam gunung meletus



ANGKASAWAN di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) merakamkan gambar gunung berapi Sarychev Peak.

--------------------------------------------------------------------------------

STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) - Beberapa angkasawan di ISS merakamkan detik gunung berapi paling aktif di dunia, Sarychev Peak meletus dan menghambur asap debu ke udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Sumber: Kosmo, 25 Jun 2009

Wednesday, June 24, 2009

Berseorangan...

Lunch sorang-sorang saja nampaknya hari ni. Teman biasa diajak makan ikut seminar di luar hari ni. Bosannya makan sorang2 ni. Tiada teman nak diajak bersembang. Hanya bersembang dengan diri sendiri... "OK lagilah apa macam gini... walau tak ada kawan nak sembangpun tapi masih ada mee kari yang sedap ni untuk dijamah. Kalau sorang-sorang dalam kubur...? Mana nak jumpa mee kari sedap camni!" :|

Nak jejak bulan!


Panorama yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.


GAMBAR terbaru permukaan bulan disiarkan oleh Agensi Angkasa Jepun semalam.

Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu.

Kosmo, 24 Jun 2009.

----------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang dia terfikir kenapa negara-negara seperti Amerika, Rusia, Jepun dan lain-lain berlumba-lumba mengkaji kejadian galaksi ini.


Galaksi Bima Sakti di mana Bumi ini termasuk di dalamnya.

Pada hemat dia... Semua sedar planet Bumi yang didiami ini semakin mengalami kerosakan. Dengan masalah global warmingnya dan segala macam masalah lagi berpunca dari kerosakan secara fizikal dan rohani yang dikerjakan oleh manusia juga.
FirmanNya bermaksud: “Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum: Ayat 41)

FirmanNya bermaksud: “Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka Kami (Allah) akan bukakan kepada mereka keberkatan Kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat Kami, maka Kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri." (Surah al-A'raf: Ayat 96)

Jadi dia rasakan mungkin niat mereka sebenarnya adalah untuk mencari satu jalan alternatif dalam usaha meneruskan kesinambungan hidup sekiranya sesuatu berlaku pada Bumi. "Mungkin, bagi mereka tiada istilah hari Kiamat??? Agama yang mereka anuti tidak mengajar mereka begitu???" Dia sekadar mampu mengagak.

Dia tak pernah pulak mengkaji kitab-kitab mereka... Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Bagaimanalah dia dapat mengkaji kesemuanya kerana kitab Al-Quran yang sepatutnya menjadi panduan hidupnya sendiripun dia masih belum BENAR-BENAR menghayatinya. Tapi dia juga percaya kepada kitab-kitab VERSI ASAL mereka itu kerana dalam usaha dia menghayati kitab Al-Quran dia terjumpa sesuatu...
FirmanNya: “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisaa’: Ayat 136)

Berbanding dia dan mereka yang sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang Muslim yang sedari awal sudah diterapkan kepercayaan bahawa seluruh kejadian alam semesta ini adalah ciptaan Allah yang Maha Esa.
FirmanNya yang bermaksud: "Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." (Surah Ar-R'ad : Ayat 2 - 3)

Dan hari Kiamat pasti akan berlaku dan Bumi ini pasti akan musnah!
Firman Allah, "Apabila berlaku hari kiamat itu, tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur-leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran." (Surah Al-Waaqi'ah: Ayat 1-6)

Pada hemat dia lagi... Allah sebenarnya telah mendatangkan rasa keinginan dalam jiwa mereka agar dengan 'penemuan-penemuan' mereka itu akhirnya akan mendekatkan diri mereka itu kepadaNya... dan akhirnya mereka akan kembali teringat tanggungjawab mereka sebagai khalifahNya.
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu." (Surah az-Zariyat: Ayat 56)

Dia asyik membayangkan setelah berlaku Hari Kiamat (hari kebangkitan setelah mati) dia dan mereka semua akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Padang Mahsyar itu mungkin lokasinya di mana-mana planet yang masih belum terjangkau ilmu pengetahuan kita tentangnya. Siapa tahu... Allah Maha Berkuasa.



Dengan kuasa Allah, planet Marikh atau Musytari atau lain-lain planet dari galaksi yang lain mungkin akan menjadi kediaman kita seterusnya di alam Akhirat. Mungkin juga Syurga dan Neraka letaknya di situ? Tiada siapa yang tahu...
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Nahl: Ayat 77)

Kadang-kadang dia terfikir entah bilalah akan berlakunya Hari Kiamat. Dia bimbang tak sempat menyiapkan 'bekalan' untuk menghadap Penciptanya. Sungguh meresahkan jiwa...
FirmanNya: "... ketahuilah hanya dengan mengingati Allah,
hati menjadi tenang." (Surah Ar-Raad : Ayat 28)
Dia hanya ingin hidup tenang dan gembira...

Di mana kompas hidup?

Petanda tak boleh tidur
Oleh: Mohd Firdaus Ibrahim dan Adnan Mohamad (am@hmetro.com.my)

BANGI: Seorang pelajar Sarjana Sains Kimia yang mengadu tidak boleh tidur kepada rakannya beberapa hari lalu ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat empat biliknya di Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, ditemui seorang pencuci bangunan kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan mengiring dengan sedikit kesan darah pada hidung dan mulutnya walaupun terjatuh pada ketinggian lebih 10 meter.

Rakannya yang enggan dikenali, berkata mangsa berkelakuan aneh sejak beberapa hari lalu kerana mendakwa tidak dapat tidur.

“Biarpun didesak, arwah langsung tidak memberitahu masalah dihadapinya. Jika hendak dikatakan arwah mengalami masalah percintaan, dia sememangnya tidak bercinta.

“Saya cukup yakin kerana sudah mengenalinya lebih dua tahun lalu,” katanya .

Menurutnya, dua hari lalu, arwah memberitahu sudah mendaftar untuk mengikuti kelas agama di Serdang kerana mendakwa ingin mendalami ajaran Islam.

“Inilah hasratnya yang belum tercapai,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 24 Jun 2009.
--------------------------------------------------------------------------------

Pada hemat saya...

Tentu ada sesuatu yang menyebabkan arwah berhasrat mendalami ajaran Islam sebelum ditemui maut dipercayai terjatuh. Misteri itu Allah saja yang tahu.

Pengajaran buat diri ini... carilah kompas hidup... panduan ke jalan yang benar.

Tuesday, June 23, 2009

Palestin... ingin sekental jiwa mereka



Surat dari anak mak yang dah tak nakal

Surat Dari Anak Mak yang Dah Tak Nakal
www.iLuvislam.com (pengirim: umarzahrawi)

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu. Bacalah surat ini bersama lagu kitaro di bawah.


Sambil baca sambil dengar audio ni...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!


Video Lagu Anak Soleh

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Muslimah memang tak guna!

1. Perempuan yang bergelar Muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya Ana Muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 Surah Ibrahim.

5. Perempuan Muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang di sekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 Surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat Islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah SWT tersebut dalam ayat 59 Surah al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 Surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita Muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan Islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadilah perempuan Islam & Muslimah yang B E R G U N A...

Sumber: www.iluvislam.com (diforward oleh: Afdhal87)

Ibu miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti. Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu. Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Seorang perempuan dan seekor lembu
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua makhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah. Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ. Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu. Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. “Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Membida dan bersedekah
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza. Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan. Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil bersedekah. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Pengorbanan murni dan ganjaran berganda
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. “Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu. Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

* Sesungguhnya ibu tua ini idolaku...

Thursday, June 18, 2009

Madu atau racun?


Foto: gua dot com


Foto: pembinan9.wordpress.com

Konsert Jom Heboh atau Forum Perdana? Hish apa ke soalannya ni? Tentulah tengok konsert lagi best!


Sekadar gambar perhiasan dunia.



Pakaian tutup aurat atau yang ketat lagi terdedah? Err... tutup aurat? Ergh... rimas... panas!!!


Foto: info-jariah.blogspot.com


Foto: puadede.com

Gotong royong di rumah anak yatim atau merempit di jalan raya? Remp-It la lagi syiok... menang dapat hadiah awek cun...


Foto: fadhlyoke.wordpress.com


Foto: www.thegreenhead.com

Madu atau racun??? Apa ke halnya aku nak minum racun???

Syurga atau Neraka??? Hmm...

Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Peraturan! Peraturan! Peraturan!

”Ahh… menyampahlah… Asyik-asyik kena ikut peraturan…! Peraturan! Peraturan! Peraturan!”, bentak hati Britney Tombaks (bukan nama sebenar) ketika mendapat tahu pihak universiti mengeluarkan peraturan terbarunya agar para penuntutnya tidak keluar dari kawasan universiti hingga terlalu lewat malam. Tanpa mempedulikan arahan itu Britney terus mencapai beg tangan dan kunci keretanya.

Di satu simpang jalan, sebuah kereta nyaris-nyaris melanggar kereta Britney yang tersangat mahal harganya itu. Apalagi... bukan main melentinglah si Britney. ”Oi! Tak reti peraturan ke!? Lampu merah! Berhentilah oi...!” jerit Britney dari dalam kereta sambil membunyikan hon.

Err... kenapa perlu peraturan? Melecehkan...!!!

Kan bagus kalau tiada lampu trafik di jalan raya.
Kan bagus kalau planet-planet bebas bergerak ke mana-mana. Tak perlu sentiasa berada di atas orbit masing-masing.
Kan bagus kalau tiada itu tak boleh buat, ini tak boleh buat yang menyesakkan dada dalam agama... Mabuklah kalian! Berseks bebaslah kalian! Membunuhlah kalian! Merogollah kalian!

Tapi betul ke bagus kalau tak ada peraturan?

Tak ke accident je memanjang jadinya kalau tiada peraturan jalan raya? Dah ada peraturanpun masih juga terjadi kemalangan... ke sebab kita je yang tak ikut peraturan sebenarnya?

Bebas dari orbit? Tak berlanggar-langgar ke planet-planet semua tu?

Bebas membunuh, merogol? Amankah hidup jika begitu...???

Ahh... banyak pulak soalannya!!!

"... dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Surah Al-Maa-idah: Ayat 50)

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata." (Surah Al-Ahzab 33:36)

Tukang gunting rambut tak wujud!

Dia rasa sangat bertuah terjumpa kisah ni. Dia rasa lebih jelas sekarang...

A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as always. He started to have a good conversation with the barber who attended him. They talked about so many things and various subjects.Suddenly, they touched the subject of ALLAH.

The barber said, "Look man, I don't believe that ALLAH exists as you say so."

"Why do you say that?" Asked the client.

"Well, it's so easy, you just have to go out in the street to realize that ALLAH does not exist. Oh, tell me, if ALLAH existed, would there be so many sick people? Would there be abandoned children? If ALLAH existed, there would be no suffering nor pain. I can't think of a ALLAH who permits all of these things."

The client stopped for a moment thinking but he didn't want to respond so as to prevent an argument. The barber finished his job and the client went out of the shop. Just after he left the barber shop he saw a man in the street with a long hair and beard (it seems that it had been a long time since he had his cut and he looked so untidy).

Then the client again entered the barber shop and he said to the barber, "Know what? Barbers do not exist."

"How come they don't exist?" Asked the barber. "Well I am here and I am a barber."

"No!" The client exclaimed. "They don't exist because if they did there would be no people with long hair and beard like that man who walks in the street."

"Ah, barbers do exist, what happens is that people do not come to me."

"Exactly!" Affirmed the client. "That's the point. ALLAH does exist, what happens is people don't go to Him and do not look for Him that's why there's so much pain and suffering in the world."

Pesanan untuk diri... Gunakan Internet untuk cari ilmu kebaikan bukan merayau tak tentu arah... :)

Wednesday, June 17, 2009

Ada apa dengan kerja...

Dia sering rasa bosan ketika bekerja... dia sendiri tak tahu kenapa? Bukankah masih ramai di luar sana yang sedang menganggur dan begitu mengharapkan peluang kerja untuk mereka? Apabila difikirkan begitu, terus dia terasa betapa diri tidak bersyukur pada rezeki yang diberikan Allah.

Dia fikir dan terus berfikir bagaimana nak hilangkan rasa bosan tu?

Hmmm... dia rasa seperti dah ada jawapannya. Rasanya boleh diterima...

Dengan bekerja... dia dapat wang. Dengan wang tersebut dia dapat beli keperluan keluarga. Jika keperluan mencukupi hasil dari kerja yang halal, ahli keluarga dia akan turut dapat berkatnya dan hidup terbela sementara hidup di dunia ni. Bila hidup terbela maka akan kuranglah gejala sosial mencuri, merompak, mengemis dan segala macam gejala lagi.

Dengan rezeki yang dia terima juga, dapatlah dia membantu saudara-saudara yang hidup susah dan perlukan bantuan. Dia teringatkan satu perumpamaan... jika nak bantu, bantulah dengan beri pancing dan kail... jangan setakat bagi ikan saja... ikan lambat laun akan habis juga... Lebih baik bagi pancing dan kail... ikan nak habis je... nanti boleh pegi pancing lagi...

Aduhai... dah ngantuk nampaknya... berenti dulu. :)

Wednesday, June 10, 2009

Ala Robin Hood

Matlamat menghalalkan cara ala Robin Hood yang merompak untuk membantu rakyat yang miskin. Dunia... dunia... :|

LONDON - Sebanyak 60 pelajar Universiti Oxford di Britain berbogel untuk program menerbitkan kalendar amal, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka berbuat demikian untuk membantu pertubuhan kebajikan TravelAid mengumpulkan wang bagi membiayai pelajar universiti itu yang melakukan kerja sukarelawan di luar negara.

Kalendar itu dijual pada minggu lalu.

Sumber: Kosmo, 10 Jun 2009.

Friday, June 5, 2009

Berjayakah saya?

Semakin usia meningkat... semakin bertambah terdetik di hati saya untuk mencari erti kejayaan sebenar dalam kehidupan seorang manusia. Sebolehnya saya mahu jadi seorang yang BENAR-BENAR BERJAYA... kerana terasa seperti sia-sia saja hidup ini jika setakat "gitu-gitu aja..." (meminjam kata2 Saiful Apek)



Tapi... apakah keputusan 5A Peperiksaan Penilaian Darjah 5 saya, Gred 1 SRP dan SPM saya, sijil Diploma dan Ijazah saya di universiti tempatan dan luar negara, Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang saya dan beberapa lagi pengiktirafan lain yang saya terima sepanjang hidup saya ini sudah melayakkan diri saya ini digelar insan yang berjaya?

Firman Allah bermaksud, "Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (Surah Al-Ahzaab: 71)

Kini saya temui erti sebenar sebuah kejayaan... saya perlu terus berusaha demi sebuah kejayaan hakiki... Semoga terus diberi semangat dan kekuatan. Amin...

Kerjaku... Ibadahku jua

“Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami yang tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagianpun di akhirat kelak.” (Surah Asy-Syuura:20)

Oh ibu...

Pondok Buruk Tepi Sungai
Oleh Safuri Kamarudin (am@hmetro.com.my)

BALING: “Di pondok buruk ini nenek akan menghabiskan sisa hayat nenek. Meskipun terpinggir dan tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan, nenek masih bahagia kerana tidak mengganggu hidup orang lain,” kata Siti Atkah Tahir, 76, yang tinggal sebatang kara di Kampung Rambung, Batu Tujuh, Jalan Kroh, di sini.

Bagaimanapun, warga emas itu yang tinggal di sebuah pondok di tebing sungai bersebelahan tanah perkuburan Islam di kampung itu, berterima kasih kepada jiran cukup prihatin dan sering menghulurkan bantuan kerana kasihan melihatnya.

... “Saya bersyukur kerana apabila terputus bekalan, ada jiran menghulurkan makanan. Mereka juga kerap menjenguk untuk ajak berbual selain bertanya khabar berikutan saya kini tinggal berseorangan,” katanya yang mendakwa mempunyai enam anak tetapi semua sudah berhijrah dari daerah ini dan jarang pulang menjenguknya.

Menurutnya, mungkin anaknya jarang pulang kerana dia orang susah dan tua.

“Namun, nenek masih bahagia walaupun terpaksa meneruskan kehidupan seorang diri sebelum ajal menjemput,” katanya.

Sumber: Harian Metro, 5 Jun 2009

Penyakit aneh

‘Datuk Setan’ perkosa cucu
Oleh: Ravale Savarinathan (am@hmetro.com.my)

TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Sumber: Harian Metro, 5 Jun 2009.

Mayat Bayi Terendam Dalam Tong Cat
Oleh: Hafiz Abbas (mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my)


Anggota polis membawa tong cat tempat bayi ditemui mati terendam air di Kuantan semalam.

KUANTAN - Tangisan bayi dari dalam tandas di tingkat tiga Wisma Bola Sepak Pahang awal pagi telah mengejutkan wanita yang menyewa bilik di bangunan itu di Jalan Gambut di sini semalam.

Selepas tidak kedengaran lagi suara bayi itu, pintu tandas yang berkunci dapat dibuka kira-kira sejam selepas itu.

Mereka tergamam melihat mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berada di dalam tong cat berisi air.

Seorang wanita pula dilihat duduk di dalam tandas dalam keadaan pucat dan tidak bermaya sambil menangis dengan sebahagian tubuhnya penuh darah.

Sumber: Kosmo, 30 Jun 2009

Thursday, June 4, 2009

Mencegah atau merawat?

Masalah sosial dari dulu, kini dannn... SELAMANYA? Oh... harapnya tidak sama sekali! Tapi bilakah akan berakhir???!

Ragut! Rompak! Culik! Bunuh! Rogol! Sumbang mahram! Hamil luar nikah! Penderaan!

Huh! Segala macam penyakit!

Saranan tokoh bijak pandai...

"Penggunaan CCTV sebagai elemen penting dalam langkah pencegahan jenayah sebenarnya sudah digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Di kota-kota besar di negara terlibat, setiap ruang dan penjuru kawasan bandar atau bandar raya serta perumahan tidak terlepas daripada jangkauan liputan CCTV. Ini menjadikan bandar raya tersebut dan kawasan perumahan mereka lebih selamat daripada ancaman jenayah kerana setiap inci kawasan dipantau 24 jam menerusi imej-imej rakaman CCTV ke pusat kawalan berpusat di bawah tanggungjawab polis.

Gerak-geri orang ramai di mana-mana lokasi terbuka atau tertutup tetapi menjadi tumpuan umum, diperhatikan sepanjang masa dan dengan sendirinya dapat mencegah perlakuan jenayah."


Ya... Kita pasang di sana! Kita pasang di sini! Dengan adanya CCTV jugalah, sampailah ke hari ini pembunuh adik Nurin Jazlin masih lagi bebas berkeliaran ke sana ke mari!



Mencegah atau merawat? Apa bezanya?

Mencegah - mengawal sesuatu 'penyakit' daripada terjadi dan syukur saya temui kaedah kawalannya.

Sabda Rasulullah saw, "Tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak beriman seorang penzina ketika dia berzina."

Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI". (HR. Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (Surah An Nuur: 21)


Merawat - sudah agak terlambat... 'penyakit' sudahpun semakin merebak kerana tiada langkah pencegahan, maka terpaksalah CCTV menjadi rawatannya.

Saya teringat pada satu permainan sewaktu saya bersekolah rendah dahulu yang sehingga kini masih 'melekat' di ingatan saya. Permainan ini paling menyeronokkan kami kerana Ustaz mengajak kami bermain di luar kelas! Happy time... :)

Ustaz telah meminta kami anak muridnya yang sewaktu itu berada di dalam Darjah 3 menyembunyikan sesuatu barang dan pastikan ianya tak diketahui oleh sesiapapun. Maka puaslah kami ke hulur ke hilir mencari lokasi paling strategik untuk menyembunyikan 'barang' tersebut.

Selesai misi, Ustaz mula memanggil kami berkumpul di hadapannya. "Baiklah, sekarang Ustaz nak tanya... kamu rasa dah habis selamatkah 'barang' yang kamu sorokkan tu? Kamu amat pastikah ia takkan dijumpai sesiapa?"

"Pasti, Ustaz!", huish dengan yakinnya kami menjawab. "Bagaimana kalau Ustaz katakan sebenarnya masih ada yang mengetahui di mana kamu sorokkan 'barang kamu' tu?

"Tak mungkin Ustaz. Tadi masa saya sorokkan 'barang' saya tu... Saya sorang saja di situ Ustaz. Memang tak ada orang lain..." kata seorang kawan saya ni disampuk beramai-ramai rakan lain yang seiya sekata menyokong... "Kamipun Ustaz... Kami pasti... tak ada orang lain" Yakin...

"Nampaknya kamu telah terlupa sesuatu... Bukankah Allah itu sifatNya Maha Melihat lagi Maha Mengetahui?", kata Ustaz mengingatkan.

"Ha... a... lah Ustaz... terlupa pulak", sampuk sorang anak murid ni sambil menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba gatal. Yang pasti anak murid itu bukan saya :)

Pengajaran yang saya dapat dari permainan tersebut...
1. Belajar di luar kelas amatlah menyeronokkan :D
2. Walau apapun yang kita buat, pastikan kita sentiasa mengingatkan diri kita bahawa segala perbuatan sama ada baik atau buruk... Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Bak kata pepatah orang bijak'sana'... "Tepuk dada, tanya iman".

(Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz kerana memberikan kami tips pencegahan)

Jika itulah kaedah kawalan diri yang kita semaikan dalam diri kita semua dan diri mereka di sekeliling kita... rakyat... ahli keluarga... rakan taulan... makanya akan berkuranganlah bilangan CCTV yang diperlukan.

Iman... CCTV ghaib paling canggih di DUNIA!!! Tiada yang dapat menandingi kecanggihannya menghalang kejahatan!

Sempat singgah sekejap di Apabila iklim soleh tidak dibina.

Pengajaran yang dapat dipetik darinya...
Justeru betapa pentingnya membentuk atau mewujudkan suasana yang soleh ini, maka kita tidak hairanlah jika Allah menugaskan antara tanggungjawab para pemerintah agar memelihara iklim dan persekitaran agar dihiasi dengan perkara-perkara yang makruf dan dipelihara dari kemungkaran yang nyata lagi mencemarkan masyarakat.

Firman Allah: (maksudnya):
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41).

Inilah tanggungjawab penting yang dilupai oleh ramai mereka yang mempunyai kekuasaan politik. Allah menguji mereka dengan kuasa supaya mereka menjalankan amanah-Nya agar menegakkan suasana yang baik dan bersih yang diwarnai perkara-perkara makruf dan terpelihara dari pencemaran nilai-nilai negatif.

Sumber: Dr MAZA

Mari singgah berbakti...

Rumah Anak Yatim Darul 'Izzah
Lot 2191-2A, Pekan Makmur,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: (03)89257263
Website: www.darulizzah.enetmyne.com

Rumah Kanak-Kanak Kampung Damai
KM 28.5, Kuang, Gombak, Selangor
Tel: (03)6552823

Rumah Anak Yatim Sungai Buaya
Kuala Langat, 42700, Banting, Selangor
Tel: (03)8674964

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam
Sabak Bernam, Selangor, Parit 1,Jalan Timur, 45300,Sungai Besar,Selangor.
Tel: (03)8841234, 8842340, 8842849

Rumah Anak-Anak Yatim Hulu Kelang
Selangor Rumah Bakti, KM 11, Jalan Hulu Kelang, 68000, Selangor
Tel: (03)4568880

Yayasan Anak Yatim Dan Kebajikan Murid-Murid Islam Semenyih (YAYAKIN)
Semenyih, Selangor
Tel: (03)8337675, 8139351

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Anak Miskin Klang (PEYAKIN)
KM 3, Jalan Meru, KG batu Belah, 41050, Klang
Tel: (03)3412513

Tuesday, June 2, 2009

Kerana cinta

Cinta siapa yang kita tagihkan... kasih sayang siapa yang kita dambakan...?


Kerana cinta... mereka rela bergadai nyawa demi cinta mereka kepada agama Allah...


Kerana cinta... keluarga yang dibina disuburkan dengan niat demi mendapat redhaNya jua...

Kerana cinta juga... boleh membawa kepada kehancuran diri, agama, bangsa dan negara jika cinta itu tidak diletakkan pada yang hak.

Sumber: Kosmo, 22 Nov 2008.

Mahu gadai nyawa demi Fadhil - Gadis cuba terjun dari bumbung hotel sebab ada masalah dengan kekasih

Oleh: Hisham Idris (hisham idris.com.my)



FADHIL cuba memujuk kekasihnya, Sha yang cuba terjun dari bumbung sebuah hotel di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - "Saya tak nak turun, saya tak nak makan... saya nak Fadhil."

Itulah jeritan Sha gadis berusia 18 tahun yang cuba terjun dari atas bumbung hotel 10 tingkat di Jalan Tok Lam di sini petang semalam.

Sha yang bekerja di sebuah salon rambut di sini, dikatakan bertindak demikian selepas teman lelaki yang dikenali sebagai Fadhil ingin berpisah dan tidak lagi memberi perhatian kepadanya.

'Drama' itu bermula pukul 1.35 petang apabila Sha naik ke atas bumbung hotel lalu berdiri di bahagian tebing sebelah belakang sambil berpaut pada tiang penebat petir setinggi dua meter.

Gadis yang memakai baju dan seluar jean berwarna hitam itu kemudiannya dilihat berlegar-legar di atas tebing bumbung tersebut sebelum anggota polis dan bomba tiba.

Sepanjang usaha memujuk itu, Sha menjerit-jerit ke arah anggota penyelamat, manakala beberapa kakitangan hotel menyusun puluhan tilam sebagai langkah keselamatan jika dia bertindak terjun.

Malah orang ramai yang memenuhi kawasan hotel turut bersuara memujuk gadis berkenaan supaya melupakan hajat untuk terjun.

Keadaan semakin 'panas' apabila Fadhil tiba di tempat kejadian pukul 2.10 petang dengan sebuah kereta Proton Satria berwarna hitam dari arah Jalan Sultan Sulaiman.

Sebaik tiba, lelaki itu menjerit meminta Sha turun sebelum dia dibawa naik ke atas bumbung hotel oleh pihak polis bagi memujuk gadis tersebut.

Selepas sejam usaha dijalankan, Fadhil gagal mententeramkan Sha walaupun berjaya mendekati kekasihnya itu sebelum dia akhirnya mengundurkan diri pukul 3.11 petang.

Polis pula mengarahkan orang ramai bersurai pukul 3.17 selepas keadaan bertambah buruk kerana ada antara mereka mula bersorak.

Suasana cemas berakhir pukul 3.25 petang apabila Sha yang kepenatan, rebah lantas diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang berada di atas bumbung.

----------------------------------------------------------------------------

Oh... ke manakah sepatutnya ditumpahkan rasa cinta yang membara ini? Persoalan ini sentiasa bermain-main dalam fikiran... Rupanya jawapan telahpun tersedia...

Sabda Rasulullah saw:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan RasulNYA saw sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari)


Jalan-jalan

Kenangan ini takkan dapat dia lupakan sampai bila-bila...

Satu hari ketika cuti sekolah di sekitar tahun 2001, dia mengajak ketiga-tiga adiknya bersiar-siar di Bukit Ekspo UPM. Sebenarnya dia punya satu agenda yang hendak dikongsikan bersama dengan mereka yang dia rancangkan dalam diam-diam. Ketika itu dia sedang sarat mengandung anak kedua. Bersama mereka dan anak perempuan yang berumur 1 tahun lebih dia memandu menuju ke destinasi.

Setelah tiba dia ajak mereka duduk melepak di atas padang rumput di sana dan dia memulakan bicara. Tumpuan dia sebenarnya kepada adik lelakinya yang seorang ini. Dia amat risaukan keadaannya yang nampaknya agak terkesan menerima tempias angin pergolakan rumahtangga kedua orang tua yang adakalanya bertiup kencang. Dia tak nak apa yang berlaku akan menyebabkan adiknya itu berputus asa dan terus lemah semangat terutamanya dalam pelajaran lebih-lebih lagi adiknya sedang berada di dalam Tingkatan 3. PMR tak lama lagi.

"Adik-adik, walau apapun yang berlaku di sekeliling kita... kita jangan mudah berasa putus asa. Kenapa pulak kita nak merugikan masa depan kita sendiri? Biarlah mereka dengan masalah mereka. Mungkin kita tak berupaya untuk mengawal keadaan yang berlaku di sekeliling seperti yang kita harapkan tapi kita boleh kawal diri kita sendiri."

"Adik-adikpun tahu, kakak dah terlebih dulu menghadapi situasi ini... tapi kakak tetap keraskan hati. Pernah juga ada satu ketika kakak rasa seperti ingin lari saja kerana hati terasa tidak tenang dengan suasana sekeliling... Tapi syukur kakak masih berupaya 'bertahan'... Kakak tetapkan hati untuk belajar bersungguh-sungguh kerana ingin ke sekolah berasrama. Sekurangnya kakak 'lari' dari rumah dalam keadaan yang baik." pujuk dia lagi kepada adik-adiknya terutamanya adik lelaki yang seorang itu.

"Alhamdulillah... syukur di atas segala kesabaran... Tengok macam mana keadaan kakak sekarang. Jadi janganlah putus asa dik hingga kita buat perkara-perkara yang tak sepatutnya... Kita kena sayangi diri kita sendiri, dik." Sambung dia lagi.

Dia keluarkan buku nota kecil dan pen yang sentiasa ada di dalam beg tangannya dan dia lukiskan satu garisan lurus dan cabang2 di kiri kanannya.


"Dik kita perlu sampai ke penghujung garisan lurus ini kerana di sinilah tujuan sebenar hidup kita dik... supaya hidup kita tak disia-siakan sebelum sampai masa dijemput 'pulang'... dan segala cabang-cabang di kiri kanan jalan ni... itulah dia segala cabaran dan dugaan yang perlu kita hadapi dalam perjalanan kita menuju 'destinasi terakhir'. Perjalanan perlu kita teruskan tapi langkahlah dengan penuh hati-hati. Hanya fokus kepada matlamat hidup kita dik, jangan dipengaruhi gangguan-gangguan lain".
"Dan bahawa yang Kami perintahkan ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa." (QS 6:153)

Tak dia sangka adik lelakinya itu menangis. Hatinya menjadi sayu melihat keadaan adiknya tapi dia cuba keraskan hati untuk tidak turut menangis. Adik-adik yang lain juga dah bergenang airmata mereka.

Selang lebih kurang sebulan selepas itu di bulan Ramadhan...

Pintu bilik dia diketuk kuat... jam menunjukkan pukul 2.30 pagi ketika tu... Masih terlalu awal untuk bersahur. Bila pintu bilik dibuka, dia melihat bibiknya menangis. "Kenapa ni, bik?", tanya dia kehairanan. Dengan nada yang tersekat-sekat dia berkata, "Ibu... emak ibu nelefon... adik ibu di kampung..." Allah... Dia sahajalah yang Maha Mengetahui betapa lajunya degupan jantung dan berkecamuknya fikiran dia ketika tu.

Dia terus bergegas menuruni tangga untuk mendapatkan telefon hingga terlupa bahawa dia sedang sarat mengandung. Akibatnya dia terlangkau satu anak tangga menyebabkan kandungannya yang ketika itu berusia lebih kurang 7 bulan lebih itu terhenjut ke bawah. Rasa senak tidak lagi dia hiraukan... "Kak, Adik Kimi dah tiada... Dia kemalangan...", kata emak sambil menangis. "Allah... adikkk...!!!!!"

Peristiwa itu sudah lebih kurang 9 tahun berlalu seusia anak keduanya kini. Rupa anaknya itu sedikit sebanyak iras wajah arwah bapa saudaranya. Namun hingga sekarang dia tetap bersedih tapi dalam masa yang sama dia juga amat bersyukur kerana 2 sebab.

Pertama, dia sempat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak untuk menasihati adiknya kerana dia tak mahu adiknya sia2kan masa depannya. Dan kedua, tempohnya yang sesingkat 15 tahun di dunia sementara ini sebenarnya telah menyelamatkan arwah adik dari terus berhadapan dengan tipu daya dunia yang tak akan berkesudahan. Itu memang tekad sang Syaitan.
"(Iblis) menjawab, 'Kerana Engkau (Allah) telah menyesat (menghalau) aku, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalan yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan, belakang, kanan dan kiri mereka, dan Engkau akan mendapati banyak dari mereka yang tidak bersyukur." (Surah Al-Araf: 16-17)

Dan dia merasa yakin... apalah sangat amalan dosa yang dibawa arwah adik dalam tempoh sesingkat 15 tahun itu ketika bertemu Pemilik Segala Kehidupan ini. "Semoga Jannahlah rumah abadi adikku ini..."

Dia yang masih tinggal entah bagaimanalah kesudahannya... tapi dia juga perlu teruskan perjalanan... Semoga dia tiba dengan selamat ke 'destinasi itu'. Tak tahu bila tiba masanya. Mungkin 30 tahun lagi, entah2 esok lusa... entah2 sekejap lagi... bimbang jika tidak bersedia... "Ya Allah, ampunilah diri ini... insan biasa yang sering terleka... Berikan diri ini kecerahan hati untuk menerima petunjukMu agar aku tidak terus tersesat jauh..."

Pengajaran ini buat dirinya... iktibar juga buat semua...
Akan dia cuba sedaya upaya untuk memelihara suasana dalam rumahtangga sehingga anak-anak rasa rindu untuk pulang ke rumah instead of menjauhi rumah. Hanya padaNya dia berharap dan memohon kekuatan. Amin...

Monday, June 1, 2009

Jom naik motor!

Peringatan buat diriku... dan saudaraku juga...


Sekadar gambar perhiasan dunia.

KESALAHAN KESEMBILAN: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-

يرحم الله المتسرولات

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Sumber: Zaharuddin Net

Suara itu emas

Suara wanita itu emas... tersangatlah berharga. :)

KESALAHAN KESEPULUH: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Sumber: www.zaharuddin.net


Sekadar gambar perhiasan dunia.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT: "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah Al-Ahzab: 32)

Salah satu pengajaran dari Peristiwa Israk Mikraj. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

Singgah sebentar di sini

Madu yang pahit?

Saya hanya mampu tersenyum kelat mendengar alasan cliche para suami yang berhajat ingin bernikah lagi. Memandangkan prinsip saya cukuplah Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan hidup memanglah sepatutnya saya terimanya juga jika ditakdirkan mengalaminya.

Tapi yang menghairankan (mungkin saya sorang je yang hairan, orang lain tak agaknya)... manusia nampaknya gemar benar mengambil sunnah dan ajaran Al-Quran yang mana yang diminati dan "memenuhi seleranya" saja...

"Agama Islam dah benarkan suami nikah empat". Kadang-kadang timbul juga jawapan jahat dari sudut hati saya... "Hmm... agaknya kalau dibenarkan nikah 10 mahu dibolotnya juga semua!" :)



Semoga para suami yang berhajat untuk bernikah lebih dari satu mengambil sunnah dan ajaran Al-Quran secara TOTAL supaya isteri-isteri dan anak-anak tak makan hati... Bimbang-bimbang yang diharapkan ganjaran pahala, silap-silap dosa pula yang bertambah kerana tak sedar bahawa diri sebenarnya tak mampu membimbing kesemua isteri dan anak-anaknya dengan sebaik mungkin.
Firman Allah s.w.t, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : Ayat 6)

Saya tertarik dengan petikan kata-kata ini...

“karena kita bukan Nabi, istri kitapun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami...” (Ustadz Cahyadi Takariawan, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI halaman 238)

”Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci…." (Ustadz Cahyadi Takariawan, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI)

Tidak cukupkah beristeri satu? :)