Pada hemat saya...
Saya mengandaikan bahawa jenayah samun dan curi kenderaan yang dilakukan oleh kaum Melayu adalah disebabkan mereka ini terlibat dengan gejala dadah. Jadinya mereka akan melakukan apa saja bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Tidak hairanlah mengapa Rasulullah s.a.w pernah bersabda...
”Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram.” (Riwayat Muslim)
Seperti yang diulas dari laman web JAKIM... Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil di atas yang diqiaskan kepada arak. Dalam Al-Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini bersandarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Qur’an dan al-hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan masyarakat.
Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud...
"...Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..."
Bagi jenayah rogol, saya merasakan bahawa sikap tidak endah atau terlupa akan tegahan-tegahan dan nasihat-nasihat yang telah diberikan ini menjadi penyebabnya...
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda...
"Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda...
"Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
Firman Allah swt...
”Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; "Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah swt kepada para isteri Rasulullah saw serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya." (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
Firman Allah swt...
”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka...” (Surah An-Nur: 30-31)
Firman Allah swt lagi...
”Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzaab: 59)
Saya pernah juga terdengar kata-kata bantahan dari rakan-rakan kaum wanita sendiri tentang saranan ayat itu tadi...
”Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanakpun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat.”
Dan saya beruntung kerana terjumpa satu jawapan dari seorang Ustaz mengenai hujah tadi...
”Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya.
Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing. Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur
Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan.”
Kes ragut...
Pada hemat saya, ada baiknya jika kita sorok2kan segala jenis gelang yang ada di sebalik pakaian kita agar tidak menarik perhatian mat-mat gian yang sememangnya mencari peluang di sekeliling mereka.
Firman Allah swt...
”...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: 30-31)
Kita usahakanlah memilih beg yang tidak begitu menonjol dan melindungi beg supaya tak mudah diragut. Kes ragut inipun akibat dari pengaruh dadah yang HARAM tu. Alhamdulillah... negara amat prihatin dalam usaha membanteras najis yang satu ni.
Bukankah mencegah lebih baik dari merawatnya???
No comments:
Post a Comment