Thursday, June 4, 2009

Mencegah atau merawat?

Masalah sosial dari dulu, kini dannn... SELAMANYA? Oh... harapnya tidak sama sekali! Tapi bilakah akan berakhir???!

Ragut! Rompak! Culik! Bunuh! Rogol! Sumbang mahram! Hamil luar nikah! Penderaan!

Huh! Segala macam penyakit!

Saranan tokoh bijak pandai...

"Penggunaan CCTV sebagai elemen penting dalam langkah pencegahan jenayah sebenarnya sudah digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.

Di kota-kota besar di negara terlibat, setiap ruang dan penjuru kawasan bandar atau bandar raya serta perumahan tidak terlepas daripada jangkauan liputan CCTV. Ini menjadikan bandar raya tersebut dan kawasan perumahan mereka lebih selamat daripada ancaman jenayah kerana setiap inci kawasan dipantau 24 jam menerusi imej-imej rakaman CCTV ke pusat kawalan berpusat di bawah tanggungjawab polis.

Gerak-geri orang ramai di mana-mana lokasi terbuka atau tertutup tetapi menjadi tumpuan umum, diperhatikan sepanjang masa dan dengan sendirinya dapat mencegah perlakuan jenayah."


Ya... Kita pasang di sana! Kita pasang di sini! Dengan adanya CCTV jugalah, sampailah ke hari ini pembunuh adik Nurin Jazlin masih lagi bebas berkeliaran ke sana ke mari!



Mencegah atau merawat? Apa bezanya?

Mencegah - mengawal sesuatu 'penyakit' daripada terjadi dan syukur saya temui kaedah kawalannya.

Sabda Rasulullah saw, "Tidak beriman seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak beriman seorang penzina ketika dia berzina."

Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI". (HR. Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (Surah An Nuur: 21)


Merawat - sudah agak terlambat... 'penyakit' sudahpun semakin merebak kerana tiada langkah pencegahan, maka terpaksalah CCTV menjadi rawatannya.

Saya teringat pada satu permainan sewaktu saya bersekolah rendah dahulu yang sehingga kini masih 'melekat' di ingatan saya. Permainan ini paling menyeronokkan kami kerana Ustaz mengajak kami bermain di luar kelas! Happy time... :)

Ustaz telah meminta kami anak muridnya yang sewaktu itu berada di dalam Darjah 3 menyembunyikan sesuatu barang dan pastikan ianya tak diketahui oleh sesiapapun. Maka puaslah kami ke hulur ke hilir mencari lokasi paling strategik untuk menyembunyikan 'barang' tersebut.

Selesai misi, Ustaz mula memanggil kami berkumpul di hadapannya. "Baiklah, sekarang Ustaz nak tanya... kamu rasa dah habis selamatkah 'barang' yang kamu sorokkan tu? Kamu amat pastikah ia takkan dijumpai sesiapa?"

"Pasti, Ustaz!", huish dengan yakinnya kami menjawab. "Bagaimana kalau Ustaz katakan sebenarnya masih ada yang mengetahui di mana kamu sorokkan 'barang kamu' tu?

"Tak mungkin Ustaz. Tadi masa saya sorokkan 'barang' saya tu... Saya sorang saja di situ Ustaz. Memang tak ada orang lain..." kata seorang kawan saya ni disampuk beramai-ramai rakan lain yang seiya sekata menyokong... "Kamipun Ustaz... Kami pasti... tak ada orang lain" Yakin...

"Nampaknya kamu telah terlupa sesuatu... Bukankah Allah itu sifatNya Maha Melihat lagi Maha Mengetahui?", kata Ustaz mengingatkan.

"Ha... a... lah Ustaz... terlupa pulak", sampuk sorang anak murid ni sambil menggaru-garu kepalanya yang tiba-tiba gatal. Yang pasti anak murid itu bukan saya :)

Pengajaran yang saya dapat dari permainan tersebut...
1. Belajar di luar kelas amatlah menyeronokkan :D
2. Walau apapun yang kita buat, pastikan kita sentiasa mengingatkan diri kita bahawa segala perbuatan sama ada baik atau buruk... Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Bak kata pepatah orang bijak'sana'... "Tepuk dada, tanya iman".

(Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz kerana memberikan kami tips pencegahan)

Jika itulah kaedah kawalan diri yang kita semaikan dalam diri kita semua dan diri mereka di sekeliling kita... rakyat... ahli keluarga... rakan taulan... makanya akan berkuranganlah bilangan CCTV yang diperlukan.

Iman... CCTV ghaib paling canggih di DUNIA!!! Tiada yang dapat menandingi kecanggihannya menghalang kejahatan!

Sempat singgah sekejap di Apabila iklim soleh tidak dibina.

Pengajaran yang dapat dipetik darinya...
Justeru betapa pentingnya membentuk atau mewujudkan suasana yang soleh ini, maka kita tidak hairanlah jika Allah menugaskan antara tanggungjawab para pemerintah agar memelihara iklim dan persekitaran agar dihiasi dengan perkara-perkara yang makruf dan dipelihara dari kemungkaran yang nyata lagi mencemarkan masyarakat.

Firman Allah: (maksudnya):
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41).

Inilah tanggungjawab penting yang dilupai oleh ramai mereka yang mempunyai kekuasaan politik. Allah menguji mereka dengan kuasa supaya mereka menjalankan amanah-Nya agar menegakkan suasana yang baik dan bersih yang diwarnai perkara-perkara makruf dan terpelihara dari pencemaran nilai-nilai negatif.

Sumber: Dr MAZA

No comments: