Friday, May 29, 2009

Mana satu idaman kalbu?

Saya tertarik dengan petikan komen dari satu blog ini mengenai pengertian Qada' dan Qadar.

Qada’ terdiri dari dua jenis.

Yang pertama, yang dikuasai oleh manusia seperti mencuri, berbohong dll kerana manusia bebas memilih (mahu yang baik atau buruk) dan perbuatan tersebut ada hisabnya.

Yang kedua, yang menguasai manusia seperti terlahir menjadi cowok, hidung pesek dll hal tersebut di luar pilihan manusia sehingga tidak dihisab.

Qadar adalah khasiat benda seperti khasiat terbakar pada api, tajam pada pisau, manusia bebas memilih mahu digunakan untuk apa khasiat-khasiat benda tersebut. Untuk keburukan atau kebaikan. Yang penting bagi kita adalah menjalani hidup dengan peraturan Allah.

Dalam hidup ini, manusia bebas memilih sunnatullah mana yang mahu dijalaninya.

Apakah dia mahu memilih berbohong atau jujur? Apakah mahu memilih jadi pandai atau bodoh? Semua adalah pilihan.

Oleh kerana itu, Allah mengutus Rasulullah dan menurunkan Al-Quran kepadanya agar manusia dapat memilih jalan hidup yang baik dan benar.

Pada hemat saya...

Analogi 1

Seekor ayam kelihatan seperti 'teruja' (betul ke word ni :) ) melihat seorang kanak-kanak menabur nasi di atas tanah di seberang jalan. Dengan selambanya si ayam terus melintas jalan dan tiba-tiba... Dush!!! Si ayam menggelupur kesakitan dan akhirnya mati di tempat kejadian (macam laporan rancangan 999 pulak bunyinya...).

Persoalannya kenapa terjadi begitu?

1. Kerana ayam tiada akal hanya ada otak tak seperti manusia yang ada kedua-duanya sekali iaitu otak dan akal. Ayam tak dapat menilai sama ada tindakannya itu akan memudaratkannya atau tidak. Bertuah sungguh manusia ada otak dan akal...

2. Ayam tu tak baca Buku Panduan Melintas Jalanraya - kena pandang kiri, pandang kanan dan pandang kiri lagi sebelum lintas.

3. Ayam tu tak sebertuah manusia... ada orang lain yang boleh memimpin tangannya... macam budak comel ni... Lagipun ayam tak ada tangan...



Kesimpulan... dalam melayari kehidupan bertindaklah sebagai seorang manusia yang berakal... kalau tak... samalah kita seperti si ayam!

Dan kalau ada orang sekeliling yang offer menghulurkan tangan untuk membimbing... diyakini pula baik dan jujur orangnya... tak sesuai pula nak tunjuk lagak... apa kata sambut saja hulur tangannya... kerana dia sekadar ingin membantu...

Legend:
Nasi = godaan dunia
Pilihan = tak menghampiri atau hampiri godaan dunia
Buku Panduan Melintas Jalan = Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara yang halal itu jelas, dan perkara yang haram itu jelas, antara kedua-duanya ada yang syubhat, yang mana ramai orang tidak mengetahuinya (kejelasan hukumnya), sesiapa yang menjauhi syubhat, dia sesungguhnya terlepas (daripada dosa)……” (Muttafaq Alaih).

Analogi 2


Mamat teringin sangat nak pergi ke sebuah pulau ni. Kata orang, pulau tu cantik sangat... tapi tak dapatlah nak compare dengan syurga... "O... Rupa-rupanya orang-orang ni tahu juga serba sedikit bagaimana rupa syurga." Fikir Mamat ketika itu.

Mamat terfikir bagaimana dia nak pergi ke tempat tu? Mana satu jalan yang nak dipilih??? Mamat perlukan petunjuk... kompas ke... buku panduan ke... peta ke... dan yang paling penting... Mamat tak nak la sesat-sesat semasa nak ke tempat tu... sebab tempoh pengembaraan Mamat singkat sahaja. Mamat bimbang dia tak cukup masa... Mamat kena cepat-cepat beli kompas, buku panduan dan peta.



Persoalannya... kompas, buku panduan dan peta mana yang patut dipilih oleh Mamat. Mamat dah nak pergi ke MPH ni. Kinokuniyapun OK jugak. Pustaka Mukmin... Kedai Buku Minerva... Mana-manalah... janji Mamat kena cepat!

Legend:
Pulau - kehidupan kekal abadi di negeri bernama Akhirat
Kompas / Buku panduan / Peta - Al-Quran dan Sunnah

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekalian rujukan yang jika kamu berpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis sahih, Riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Layannn...



No comments: