Teringat bagaimana dia cuba memfokuskan dirinya seolah-olah berada di dalam keadaan sedang berjihad di medan perang ketika itu. Dia membayangkan dirinya dengan penuh nekad menunggang kuda dengan pedang di tangan serta mara ke arah musuh! Sungguh! Itulah sumber kekuatan dia ketika menanggung kesakitan yang tak terungkap dengan kata-kata.
”Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t”
Namun, hati tetap redha apabila mengenangkan bahawa sakit yang ditanggung itu penghapus dosa... dosa insan yang kerap terleka dan sering membuat dosa ini.
”Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.”
Dan kini... melihat wajah anak-anak yang sedang membesar di depan mata... dia rasa amat bersyukur dan bangga kerana melahirkan mereka... Merekalah permata hati... Perjuangan dia tidak terhenti setakat itu saja. Dia perlu teruskan perjuangan untuk pastikan mereka berjaya di dunia dan tentunya di akhirat juga...
No comments:
Post a Comment