Friday, July 17, 2009

Benarkah sayang?

Sayang... ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anaknya? Sedangkan haiwanpun tahu sayangkan anaknya inikan pula manusia! (Tapi artikel di bawah post ni, lain pulak kisahnya!)

Tapi... faham benarkah kita apa erti sayang? Bagaimana nak mengukur sayang agaknya?

Cukup ke dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran di sekolah? Cukup ke dengan memberi makan minum yang mencukupi kepada anak-anak? Cukup ke dengan memberi pakaian yang cantik dan hebat kepada anak-anak? Cukup ke agaknya???

Teringat firman Allah s.w.t, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...” (At–Tahriim : ayat 6)

Saya sendiri berazam untuk menjadikan ayat ini sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak supaya mereka akan berpanjangan bahagia dan berjaya bukan saja di dunia malah juga di akhirat. Kerana apa? Kerana itulah tanda kasih sayang tulus ikhlas saya pada mereka. Harapnya diberi semangat yang berterusan dan konsisten dalam segala usaha pembaikan. InsyaAllah...

Undi ibu pilihan anda!


Undi A!


Undi B!

--------------------------------------------------------------------------------

Kosmo Online - 2 April 2009

NEGARA

Bayi masih hidup ditemui dalam beg plastik sampah

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia.

Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia.

Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya.


ANGGOTA polis mendukung bayi yang ditemui dalam plastik sampah di Seremban semalam.

"Wanita itu menemui bayi berkenaan di tempat pembuangan sampah di rumahnya di Taman Senangin, Senawang dan kemudian menghubungi polis.

"Polis akan siasat penemuan bayi perempuan ini, kita akan cari individu yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang beberapa jam sebelum ditemui di situ.

No comments: