Panorama yang menunjukkan Bumi dirakamkan oleh kapal angkasa penyiasat Kaguya milik Jepun.
GAMBAR terbaru permukaan bulan disiarkan oleh Agensi Angkasa Jepun semalam.
Gambar-gambar itu sempat dirakamkan menerusi kamera berdefinisi tinggi sebelum kapal penyiasat itu terhempas pada 11 Jun lalu.
Kosmo, 24 Jun 2009.
----------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang dia terfikir kenapa negara-negara seperti Amerika, Rusia, Jepun dan lain-lain berlumba-lumba mengkaji kejadian galaksi ini.
Galaksi Bima Sakti di mana Bumi ini termasuk di dalamnya.
Pada hemat dia... Semua sedar planet Bumi yang didiami ini semakin mengalami kerosakan. Dengan masalah global warmingnya dan segala macam masalah lagi berpunca dari kerosakan secara fizikal dan rohani yang dikerjakan oleh manusia juga.
FirmanNya bermaksud: “Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum: Ayat 41)
FirmanNya bermaksud: “Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka Kami (Allah) akan bukakan kepada mereka keberkatan Kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat Kami, maka Kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri." (Surah al-A'raf: Ayat 96)
Jadi dia rasakan mungkin niat mereka sebenarnya adalah untuk mencari satu jalan alternatif dalam usaha meneruskan kesinambungan hidup sekiranya sesuatu berlaku pada Bumi. "Mungkin, bagi mereka tiada istilah hari Kiamat??? Agama yang mereka anuti tidak mengajar mereka begitu???" Dia sekadar mampu mengagak.
Dia tak pernah pulak mengkaji kitab-kitab mereka... Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Bagaimanalah dia dapat mengkaji kesemuanya kerana kitab Al-Quran yang sepatutnya menjadi panduan hidupnya sendiripun dia masih belum BENAR-BENAR menghayatinya. Tapi dia juga percaya kepada kitab-kitab VERSI ASAL mereka itu kerana dalam usaha dia menghayati kitab Al-Quran dia terjumpa sesuatu...
FirmanNya: “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada RasulNya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisaa’: Ayat 136)
Berbanding dia dan mereka yang sememangnya telah dilahirkan sebagai seorang Muslim yang sedari awal sudah diterapkan kepercayaan bahawa seluruh kejadian alam semesta ini adalah ciptaan Allah yang Maha Esa.
FirmanNya yang bermaksud: "Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir." (Surah Ar-R'ad : Ayat 2 - 3)
Dan hari Kiamat pasti akan berlaku dan Bumi ini pasti akan musnah!
Firman Allah, "Apabila berlaku hari kiamat itu, tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur-leburkan dengan selebur-leburnya, lalu menjadilah ia debu yang bertebaran." (Surah Al-Waaqi'ah: Ayat 1-6)
Pada hemat dia lagi... Allah sebenarnya telah mendatangkan rasa keinginan dalam jiwa mereka agar dengan 'penemuan-penemuan' mereka itu akhirnya akan mendekatkan diri mereka itu kepadaNya... dan akhirnya mereka akan kembali teringat tanggungjawab mereka sebagai khalifahNya.
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu." (Surah az-Zariyat: Ayat 56)
Dia asyik membayangkan setelah berlaku Hari Kiamat (hari kebangkitan setelah mati) dia dan mereka semua akan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Padang Mahsyar itu mungkin lokasinya di mana-mana planet yang masih belum terjangkau ilmu pengetahuan kita tentangnya. Siapa tahu... Allah Maha Berkuasa.
Dengan kuasa Allah, planet Marikh atau Musytari atau lain-lain planet dari galaksi yang lain mungkin akan menjadi kediaman kita seterusnya di alam Akhirat. Mungkin juga Syurga dan Neraka letaknya di situ? Tiada siapa yang tahu...
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Nahl: Ayat 77)
Kadang-kadang dia terfikir entah bilalah akan berlakunya Hari Kiamat. Dia bimbang tak sempat menyiapkan 'bekalan' untuk menghadap Penciptanya. Sungguh meresahkan jiwa...
FirmanNya: "... ketahuilah hanya dengan mengingati Allah,Dia hanya ingin hidup tenang dan gembira...
hati menjadi tenang." (Surah Ar-Raad : Ayat 28)
No comments:
Post a Comment