Petanda tak boleh tidur
Oleh: Mohd Firdaus Ibrahim dan Adnan Mohamad (am@hmetro.com.my)
BANGI: Seorang pelajar Sarjana Sains Kimia yang mengadu tidak boleh tidur kepada rakannya beberapa hari lalu ditemui mati, dipercayai terjatuh dari tingkat empat biliknya di Kolej Pendeta Zaba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.
Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, ditemui seorang pencuci bangunan kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan mengiring dengan sedikit kesan darah pada hidung dan mulutnya walaupun terjatuh pada ketinggian lebih 10 meter.
Rakannya yang enggan dikenali, berkata mangsa berkelakuan aneh sejak beberapa hari lalu kerana mendakwa tidak dapat tidur.
“Biarpun didesak, arwah langsung tidak memberitahu masalah dihadapinya. Jika hendak dikatakan arwah mengalami masalah percintaan, dia sememangnya tidak bercinta.
“Saya cukup yakin kerana sudah mengenalinya lebih dua tahun lalu,” katanya .
Menurutnya, dua hari lalu, arwah memberitahu sudah mendaftar untuk mengikuti kelas agama di Serdang kerana mendakwa ingin mendalami ajaran Islam.
“Inilah hasratnya yang belum tercapai,” katanya.
Sumber: Harian Metro, 24 Jun 2009.
--------------------------------------------------------------------------------
Pada hemat saya...
Tentu ada sesuatu yang menyebabkan arwah berhasrat mendalami ajaran Islam sebelum ditemui maut dipercayai terjatuh. Misteri itu Allah saja yang tahu.
Pengajaran buat diri ini... carilah kompas hidup... panduan ke jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment