Friday, July 24, 2009

Impikan si dia...

Tanyalah mana-mana lelaki atau wanita mengenai jodoh bagaimana yang mereka impikan. Kebanyakannya akan berkata rupa paras bukanlah kriteria utama asalkan sedap mata memandang.

Bagi lelaki, yang pentingnya wanita itu bijak menguruskan rumahtangga, pandai menjaga diri dan menghormati dirinya sebagai suami.

Bagi wanita pula, yang pentingnya lelaki itu seikhlas hati menyayangi dan melindungi dirinya serta beriman agar dapat membimbing diri serta anak-anak yang bakal dilahirkan nanti.

Tapi… bagaimanalah mungkin agaknya ya... ingin mendapat jodoh seperti yang diimpikan jika pembawakan diri tidak pula cenderung ke arah yang sama?

Si lelaki, impikan wanita yang pandai menjaga diri sedangkan diri sendiripun tidak dapat mengawal akal dan nafsu?

Si wanita, impikan lelaki yang beriman sedangkan dirinya tidak pula berusaha ke arah menjadi wanita solehah?

Bukankah Allah telah memberikan pedoman dan peringatan...
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik." (Surah An-Nur: ayat 26) [...]

Belum pernah atau jarang benar dia mendengar pasangan suami isteri yang sepakat menetapkan matlamat utama perkahwinan mereka demi mendapat redha Allah semata-mata yang BERSANDARKAN PANDUAN AL-QURAN dan SUNNAH SEPENUHNYA berdepan kegagalan di dalam perkahwinan mereka.

Mereka inilah yang akan dia jadikan idola dalam melayari kehidupan berkeluarga. Dia akui dia masih punya banyak kelemahan yang perlu diatasi... tapi dia bersyukur kerana suami juga sepakat untuk berubah. Cabaran dan dugaan tetap ada. Nak buat sesuatu yang baik... begitulah keadaannya... Syaitan kan tak pernah senang dengan itu semua!

Semoga hati-hati kami terus didorong dan diberikan kekuatan ke arah mencapai kebahagiaan hakiki dalam erti kata sebenar sebuah kehidupan. Sebuah kehidupan yang cemerlang dan diredhaiNya jua di dunia dan di akhirat. Amin...

Imam Nawawi pernah berkata...
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

LELAKI IDAMAN SAYA

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak pernah bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajkan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya

Sumber: Lelaki Idaman Saya

No comments: