Thursday, July 16, 2009

Mimpi yang indah...

Teringat lagi betapa kagumnya dia dengan arwah bapa saudaranya yang sedang melanjutkan pelajaran di bumi UK pada ketika itu. Ketika itu dia masih bersekolah rendah. Betapa dia juga mengimpikan peluang seperti itu satu masa kelak... Tapi... mungkinkah akan tercapai? Dengan kesempitan hidup ketika itu, rasanya dia hanya mampu bermimpi yang indah sahaja.

Namun faktor kesempitan hidup telah menyebabkan dia terus menyimpan azam untuk memperbaiki kehidupan. Dia hanya impikan sebuah masa depan yang cerah.

"Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian didatangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita pelangi yang indah."

No comments: