Sunday, January 3, 2010

Laa Ilaaha Illallaah...

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah...

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.

Sumber: Bernama

Melihat situasi semasa terutamanya di dalam negara sendiri yang secara pandangan mata kasarnya telah cukup memberi gambaran betapa berleluasanya pelbagai bentuk penjajahan minda yang menyelinap ke dalam jiwa-jiwa umat Islam, hati semakin dilanda resah...

Allahu Rabbi, ampunkan dosaku dan dosa-dosa saudara seagama denganku yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepadaMu dan kasihanilah kami semua dari ditimpa azab sengsara dariMu. Berilah kekuatan kepada kami untuk memenangkan agama yang diredhaiMu... Semoga hati-hati KAMI SEMUA yang mengimani segala ajaranMu BERSATU di atas kalimah "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"

No comments: