Monday, January 25, 2010

AJL24 yang kontroversi!

Semalam saya rasa agak teruja apabila tersiar satu muka surat penuh surat khabar tempatan mengenai ulasan dari seorang blogger penuntut Malaysia di Jordan mengenai adanya mirip-mirip pengaruh freemason dan illuminati di dalam AJL 24 yang lalu.

Sekarang ni, saya perhatikan masing-masing mempunyai penerimaan yang berbeza mengenai ulasan ini tapi bagi saya apa yang penting tidak kiralah sama ada ia satu kebetulan atau satu perancangan rapi... apa yang sepatutnya kita lakukan adalah mengambil iktibar daripada kisah ini... Sekurang-kurangnya pupuklah diri untuk menanam minat untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai perkara ni untuk lebih memahami isu ini...

Firman Allah s.w.t,
"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu pengetahuan) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu pengetahuan)? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az-Zumar, Ayat 9)

Saya perhatikan agak ramai yang mempertikaikan kenapa penulis blog tersebut begitu tertumpu pada hal persamaan dengan simbol-simbol freemason tu padahal acara itu sendiri dan suasana persekitarannya dari segi pakaian dan pergaulan pada malam itupun sudah melaghakan...

Persoalannya... adakah mereka mahu ambil kisah tentang soal menjaga aurat dan pergaulan mereka sedangkan perkara ini telah lama diingatkan oleh pelbagai pihak. Atau adakah mungkin kerana mereka sememangnya tidak tahu itu bukanlah ajaran sebenar Islam yang patut diamalkan walaupun dilahirkan sebagai seorang Muslim? Jawapan terletak pada iman masing-masing.

Maka pada pandangan saya, penulis tersebut cuba mengambil pendekatan lain untuk menyedarkan kita semua bahawa pelbagai masalah sosial yang terjadi di sekeliling kita malah di seluruh dunia, akar umbi permasalahannya ada di situ.

Gerakan Freemason ini cuba merealisasikan impian "New World Order" mereka untuk menguasai dunia melalui pelbagai cara. Antaranya melalui hiburan melalaikan agar manusia hanyut sekaligus menjadi lemah dan dengan mudah saja menyerap masuk pengaruh mereka di dalam kehidupan seharian.

Sama-sama kita menangkis JAJAHAN BENTUK BARU yang sangat licik ini!

----------------------------------------



Beberapa kali Gbam menegaskan yang konsep yang mirip gerakan Freemason dan Illuminati itu bukan dirancang dan ia berlaku secara kebetulan.

“Mungkin ia adalah satu kebetulan. Saya pun tak tahu sangat pasal Freemason. Yang saya tahu, ia pernah ditonjolkan dalam filem dari Hollywood tapi saya tak ‘gila’ untuk merancang perkara seperti itu.

“Mungkin ia satu kebetulan. Bukan saya tak sensitif. Tetapi pada masa akan datang, saya akan lebih berhati-hati dan sensitif. Secara tak langsung saya nak minta maaf juga.

Sumber: MStar Online

2 comments:

Ariffah9 said...

Salam, ye betul..
keadaan hiburan sja sdh cukup melaghakan..
Agenda freemason/illuminati. itu juga satu agenda mereka=hiburan.

gulichester said...

setuju dgn ape yg dikatakan oleh tuan punye blog nih....