Tuesday, January 26, 2010

Agenda tersembunyi 'Perang Saraf'

Suka saya kongsikan bersama maklumat yang saya dapati dari sebuah buku ini...



Antara yang menarik perhatian saya adalah mengenai peristiwa di mana apabila pihak tentera Salib mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan pihak tentera Salahuddin Al-Ayubbi maka akhirnya dalam masa pemerintahan Raja Louis di Perancis, pihak gereja telah mengambil satu resolusi untuk mengubah strategi iaitu tidak lagi berperang secara fizikal tetapi melalui perang saraf atau serangan pemikiran.

Terima kasih juga kepada saudara yang dikenali sebagai 'Tok Janggut' atas komen beliau yang saya ambil dari blog ini.

Petikan kata-kata inilah yang saya cari-cari selama ni kerana pernah mendengarnya satu ketika dulu...

Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, Raja England pada waktu itu telah berwasiat sebelum dia mati dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab itu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Dan...

Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang datang ke negara Islam, gunakan pendekatan ’garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu sekularisma yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran ideanya nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Terjumpa juga satu petikan kata-kata bekas Perdana Menteri Britain yang bernama Gladstone yang pernah menyebut bahawa:


William Ewart Gladstone (1809 – 1898)
Bekas PM Britain zaman Queen Victoria

"So long as there is this book (Al-Quran) there will be no peace in the world."

Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari kitab ini”.

Tidak ketinggalan juga... pernah juga saya membaca mengenai salah satu Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX yang ada menyebut perihal teori dan ideologi mereka yang berbunyi: "Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya."

Dari situ dapatlah saya fahami tentang agenda licik mereka yang secara halus cuba mempengaruhi corak kehidupan manusia terutamanya kita umat Islam hingga dengan mudah menerima nilai-nilai hidup ciptaan mereka sendiri yang sememangnya bercanggah dari apa yang diajari dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w baik dari segi politik, ekonomi, sosial (termasuklah hal-hal berpakaian, pergaulan) dan lain-lain.

Astagfirullah hal a'zim... saya juga pernah begitu dan atas kesedaran inilah yang membulatkan nekad saya untuk berusaha memperbaiki diri dan amalan... :( Moga Allah SWT memberi kemudahan pada saya dan pada mereka yang ingin berubah ke arah mendapat redhaNya... Amin...

Dengan berjayanya mereka menerapkan nilai-nilai ciptaan mereka ini ke dalam diri umat Islam sudah memadai malah mencukupi untuk mereka tanpa perlu umat Islam mengambil langkah yang lebih drastik dengan menyesatkan diri mereka hingga mengisytiharkan dirinya murtad! Na'uzubillah...

Akhir sekali, ingin saya mengajak diri saya sendiri dan rakan-rakan menghayati wasiat terakhir Rasulullah SAW ini...
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Kedudukan jiwa dan harta Muslim lain – Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Tidak menyakiti orang lain – Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Pengharaman riba – Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang.

Berhati-hati kepada tipu daya syaitan – Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.

Hak dan tanggungjawab suami isteri – Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Mendirikan rukun-rukun Islam – Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji’ sekiranya kamu mampu.

Nilai kemuliaan Muslim ke atas yang lain - Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.

Awasi hari perkiraan di hadapan Allah – Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Berpegang teguh kepada ajaran Rasul dan Nabi terakhir – Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Al-Quran dan al-sunnah sebagai panduan – Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu”.




Semoga usaha saya dalam menyampaikan ini diterima Allah SWT sebagai bekalan amalan menemuiNya kelak. Amin...

No comments: